Sinopsis Merah
Gaun Pengantin Drama RTM TV1 Slot Bidadari | Merah Gaun Pengantin mengisahkan Almy
(Nad
Zainal) telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di ibu kota. Almy
menumpang rumah mak saudaranya iaitu Datin Maimon (Raja Ema). Datin Maimon seorang
yang kaya dan berada namun orangnya merendah diri dan tidak sombong, begitu juga
dengan suaminya, Dato Alias (Mubarak Majid). Mereka melayan Almy dengan baik.
Drama Merah Gaun Pengantin disiarkan di TV1 |
Penampilan Almy yang kelihatan gadis
kekampungan telah menyuntik semangat Datin Maimon untuk mengubah Almy. Datin
Maimon mengubah penampilan Almy supaya kelihatan lebih moden, cantik, anggun
dan ranggi. Almy bercita-cita untuk membuka syarikat perunding perkahwinan selepas
tamat pengajiannya kelak.
Almy orangnya suka berdikari, dia
pergi ke kolej hanya menaiki bas. Suatu hari ketika mengejar bas untuk ke
kolej, dia hampir dilanggar oleh Heykal (Fazreen Rafi) yang menaiki kereta
mewah bersama ibunya, Datin Balqis (Hamidah Wahab). Almy dimarahi oleh Heykal kerana
cuai dan hampir sahaja menyebabkan kemalangan jiwa berlaku.
Almy begitu
sakit hati dengan perangai berlagak Heykal yang tidak tahu meminta maaf dan mempunyai
ego yang tinggi. Sikap Almy yang baik hati amat disenangi oleh rakan-rakannya
terutamanya Faizal (Syafiq
Kyle). Dalam diam, Faizal menaruh hati terhadap Almy.
Nadia (Falisya Crossley) seringkali
bercakap tentang Faizal yang dianggap sering menjadi tumpuan murid-murid
perempuan dalam kolej. Akhirnya Nadia, Almy dan Faizal menjadi satu kumpulan
untuk menyiapkan beberapa projek kolej. Hubungan mereka menjadi rapat kerana
masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri.
Merah Gaun Pengantin drama lakonan Nad Zainal, Syafiq Kyle dan Fazreen Rafi |
Ketika Almy balik dari kolej, dia
telah bertembung dengan Datin Balqis. Mereka berdua kemudiannya mula menjadi
sahabat baik apabila mengetahui bahawa Almy berbakat sebagai jururunding
perkahwinan. Almy yang jujur telah menceritakan siapa dirinya yang sebenar
sebelum datang ke ibu kota.
Faizal menyatakan perasaannya terhadap
Almy pada Nadia. Tapi Nadia tersalah sangka. Dia sangkakan Faizal jatuh cinta
padanya. Hakikatnya Faizal menggunakan Nadia sebagai orang tengah. Mereka
saling berjalan bertiga, ini membuatkan Nadia sangkakan Faizal benar-benar
menyayanginya. Mereka bertiga bercadang untuk membuka kedai perunding
perkahwinan setelah tamat pengajian kelak.
Faizal memang mahir dengan kamera foto
kesayangannya, suka megambil berbagai gambar. Nadia pandai mereka cipta pakaian
gaun pengantin sementara Almy bijak dalam soal pemasaran. Faizal memberanikan
diri meluahkan perasaannya yang sebenar tapi Almy tidak mahu melayan. Dia
anggap Faizal hanya bergurau kerana memang itu sifatnya semasa di kolej, semua
orang tahu.
Sementara itu Dato’ Bahar kecewa
dengan sikap Heykal yang masih tidak membuat persediaan majlis perkahwinannya
dengan Suzie (Mimi Ernida) yang tinggal tidak berapa bulan saja lagi.
Perkahwinan ini penting untuk perniagaan mereka. Datin Balqis serba salah,
sejak awal lagi dia tidak berapa setuju dengan rancangan perkawinan ini tetapi
tidak berani menentang. Heykal kecewa dengan pilihan ayahnya kerana dia kenal
sangat siapa Suzie sebelum ini.
Suzie jadikan Heykal seperti
pelabuhan, sesuka dia datang dia akan datang, bila bosan dia akan pergi bersama
orang lain. Datin Balqis sendiri sudah jemu dengan sikap keanak-anakan Suzie.
Datin Balqis selalu memujuk Heykal supaya bersabar sajalah dan terima saja apa
pilihan ayahnya demi masa depan keluarga mereka.
Datin Balqis menawarkan Almy menjadi
perunding perkahwinan untuk Heykal dengan Suzie. Pada mulanya Almy menolak
tetapi akhinya dia berubah fikiran dengan galakan yang diberikan Faizal dan
Nadia. Heykal menyesal dengan sikap sombongnya terhadap Almy dan menghantar
bunga untuk memujuk Almy.
Mereka kemudiannya saling berhubung
membincangkan majlis perkahwinan Heykal. Mereka selalu bertemu dan hubungan
mereka bertambah rapat. Heykal mula jatuh cinta pada Almy dalam diam. Sehari
tidak bertemu dan mendengar suara Almy, dia mula menjadi rindu.
Sementara itu, Almy kian rapat dengan
Faizal semenjak mengendalikan perancangan perkahwinan Heykal. Mereka sama-sama
merindui tetapi takut meluahkan perasaan, bimbang persahabatan mereka akan
putus. Almy takut mengakui perasaan cintanya pada Faizal kerana dia tahu, Nadia
amat menyintai Faizal dalam diam. Begitu juga dengan Faizal yang mula menyintai
Almy. Mereka hanya meluahkan apa yang terbuku melalui ruang chatting FB secara
bergurau. Masing-masing tidak mampu meluahkan perasaan secara berhadapan.
Namun siapakah jejaka yang menjadi
pilihan Almy? Bagaimana pula dengan cita-cita mereka mahu membuka perniagaan
bersama? Saksikan segalanya menerusi drama Merah
Gaun Pengantin di kaca tv anda.
Pelakon Drama Merah
Gaun Pengantin TV1
Nad Zainal sebagai Noraimi / Almy
Fazreen Rafi sebagai Heykal
Syafiq Kyle sebagai Faizal
Alif Hadi sebagai Asraf
Mimi Ernida sebagai Suzie
Raja Ema sebagai Dato Maimon
Mubarak Majid sebagai Dato Alias
Taib Mahmud sebagai Dato Taha
Hamidah Wahab sebagai Datin Balqis
Rahim Omar sebagai Salim
Falisya Crossley sebagai Nadia
Syed Ali sebagai Shahrul
Nor Albaniah Raffie sebagai Rokiah
Norlia Ghani sebagai Nenek Salimah
Faye
Kusairi sebagai Intan
Gambar Drama Merah
Gaun Pengantin TV1
Original
Sound Track OST Merah Gaun Pengantin
Lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1
Lagu: Kembali
Penyanyi:
Akim feat Stacy
Saksikan drama Merah Gaun Pengantin Slot Bidadari
Jumlah episod
drama Merah Gaun Pengantin: 13 (episod akhir)
Tarikh drama
Merah Gaun Pengantin mula disiarkan: 12 November 2015
Hari: Isnin
- Khamis
Jam:
3.05 petang
Saluran: TV1
EmoticonEmoticon