Kucingku Hebat Menangkap Tikus Samseng!

Kisah ni berlaku semalam. Ketika aku menuju ke dapur, aku terserempak dengan seekor tikus! Aku terkejut! Geli! Lantas melarikan diri ke ruang tamu. Yang si tikus ni pulak, terkejut sebab reaksi aku yang terover terkejut giler, juga lari menyembunyikan diri.

Sampai kat ruang tamu, aku terus laporkan kat hb. “Tikus kat dapur! Kat bahagian dapur gas! Euwww!”. Hb aku pun ambil lampu suluh dan segera menjejaki tikus malang tu. Sah! Dia sedang bersembunyi bawah dapur gas. Di mulutnya ada seulas bawang merah! Dasar tikus pencuri!!!!

Aku dan hb segera memanggil kucing-kucing kat luar. Ada 3 ekor. Seekor yang bernama Lanun (matanya buta sebelah) adalah kucing yang tangkas menangkap binatang. Hb pun buka api dapur gas tujuannya supaya tikus tu terasa haba panas dan melarikan dari situ.

Cara menangkap tikus adalah dengan menggunakan kucing. Tau kan.. Kucing beraksi tangkas menangkap tikus jahat a.k.a pencuri dan menjadi samseng di dapur kami!

Ya, rancangan menjadi! Tikus tu pun berlari menuju ke kotak. Lanun memang hebat! Padahal posisinya sebelum tu sedang baring santai. Dengar je benda berbunyi terus dia bangkit dan mengejar. Yes! Inilah baru namanya kucing. Tepuk tangan..

Cara menangkap tikus adalah dengan menggunakan kucing. Tau kan.. Kucing beraksi tangkas menangkap tikus jahat a.k.a pencuri dan menjadi samseng di dapur kami!

Si Lanun berjaya menangkap tikus samseng yang suka mencuri dan berak sembarangan tu. Padan muka! Sekali terkam je, tengok tikus tu menjerit-jerit. 10 saat kemudian, tikus tu pun k.o. Mati kena gigit Lanun.

Bau tahi tikus ni amatlah tak menyelesakan. Dulu pernah pasang perangkap tikus, tapi dia bijak, dia tak nak masuk makan umpan tu. Hanya dengan kucing je tikus ni dapat dikawal. Tu la beruntungnya kalau membela kucing. Bela pun bela jugak, tapi jangan lupa bagi makan. Kan kan.. Terima kasih Lanun. I love you!

5 comments


EmoticonEmoticon