Sinopsis Drama
Aku Bukan Dia RTM TV1 Slot Arca | Aku Bukan Dia mengisahkan seorang suami yang ingin membina
hidup baru bersama isteri yang dicintainya. Namun semuanya punah apabila dia
tidak diberi peluang untuk menebus kesalahan diri.
Drama Aku Bukan Dia disiarkan di TV1 |
Johari (Rusdi
Ramli) yang telah bersedia menerima kehadiran isterinya Amy (Farahdhiya). Namun
berlaku kejadian tidak terduga tanpa sengaja dia terlanggar Amy yang melintas
untuk menyeberangi jalan.
Dia membawa
isterinya ke hospital di mana Amy telah koma untuk beberapa lama. Semasa di
hospital, Johari saban hari menemani isterinya dengan penuh penyesalan dan
kesabaran.
Dengan
harapan yang mengunung Johari mengharapkan Amy kembali sedar walau untuk sesaat
jua bagi memberikan kesempatan kepadanya merasakan bahawa suaminya telah sedar
dan ingin menebus segala kesilapan masa lalu.
Ketika itu
apa yang terlintas di fikiran Johari mahu kembali membina sebuah kehidupan
bahagia bersama isterinya dan bersama-sama mengharungi dugaan dalam lumrah
perkahwinan.
Akan tetapi
semua impian dan harapan hanya tinggal harapan.
Kesempatan
berlalu pergi meninggalkan Johari di dalam kehampaan. Setiap detik dan ketika
selepas pemergian Amy. Dia digamit rasa bersalah dan kerinduan yang
menyakitkan.
Tidak dapat
menyampaikan rasa bersalahnya, tidak dapat meminta maaf dan tidak dapat berbuat
baik kepada isterinya yang telah dinafikan hak kasih sayang, Jiwa Johari jadi
semakin kacau. Tonton kisah selanjutnya menerusi drama Aku Bukan Dia di kaca tv anda.
Pelakon Drama Aku
Bukan Dia TV1
Johari - Rusdi
Ramli
Elly - Dira
Abu Zahar
Amy - Farahdhiya
Epot - Liza
Zain
Tan Sri Meor
- Rahim Omar
Munir –
Yusri Salleh
Gambar Drama Aku
Bukan Dia TV1
Original
Sound Track OST Aku Bukan Dia TV1
Lagu: Aku Bukan Dia
Penyanyi:
Effendi Sulaiman
Lagu Tema Drama Aku
Bukan Dia TV1
Lagu: Terasing
Penyanyi: Sudirman Haji Arshad
Saksikan
drama Aku Bukan Dia Slot Arca
Jumlah
episod drama Aku Bukan Dia: 26 (episod akhir)
Tarikh drama
Aku Bukan Dia mula disiarkan: 2 Oktober 2015
Hari: Khamis
dan Jumaat
Jam: 11.05
malam
Saluran: TV1
EmoticonEmoticon