Sinopsis
Filem Jwanita | Jwanita mengisahkan gadis
bernama Jwanita (Maya Karin) masalah mental yang serius akibat kisah silamnya
yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang
mengamalkan ilmu hitam.
Filem Jwanita kisah pesakit mental dan ilmu hitam |
Meskipun mempunya pertalian darah
adik-beradik, Jwanita menaruh dendam terhadap Julaika (Cristina Suzanne). Segalanya
bermula apabila Julaika mengahwini lelaki yang dicintainya bernama Dr Farhan (Bront
Palarae).
Jwanita dan Julaika dibesarkan di
rumah anak yatim. Personaliti Jwanita dan Julaika jauh berbeza. Jwanita orangnya
kasar dan mudah memberontak. Julaika suka berkawan dan mematuhi peraturan. Jwanita
yang mempunyai masalah disiplin menyebabkan dirinya tidak di ambil sebagai anak
angkat oleh keluarga lain.
Julaika berjanji akan melawat kakaknya
Jwanita di rumah anak yatim dan mengambilnya untuk tinggal bersama keluarga
angkatnya bila Jwanita sudah pulih kelak. Jwanita begitu sedih dengan
perpisahan itu. Lalu dia merancang untuk lari dari rumah anak yatim dan menuju
ke rumah keluarga angkat Julaika.
Ketika melarikan diri dari rumah anak
yatim, Jwanita diculik oleh lelaki yang tidak dikenali. Bermulalah kehidupan
Jwanita yang penuh penyeksaan. Umie Aida wanita yang mengamalkan ilmu hitam
menurunkan ilmunya pada anak angkatnya Jwanita.
Seksaan demi seksaan, hinggalah
Jwanita menginjak dewasa. Fikirannya yang tak betul ditambah rasa benci
terhadap ibu bapa angkatnya, Jwanita bertindak membunuh kedua-duanya. Darah berpancutan
membasahi bajunya. Selepas membunuh mereka, Jwanita melarikan diri mengikut
langkah kakinya ke mana dia ingin pergi. Akibat keletihan, Jwanita pengsan di
atas jalan raya.
Orang yang menemui Jwanita membawanya ke
hospital. Dr Farhan bertanggungjawab memulihkan Jwanita yang mengalami tekanan
jiwa. Sikap Dr Farhan yang begitu mengambil berat telah membuatkan Jwanita
jatuh hati.
Penemuan Jwanita telah menyatukan dia
dengan adiknya Julaika. Jwanita menghambur sumpah seranah apabila melihat Julaika
di hadapanya. Jwanita begitu marah kerana selama ini Julaika tidak pernah ingin
mencarinya. Namun, Julaika menerangkan situasi sebenar bahawa dia gagal
menjejaki kakaknya itu selepas Jwanita melarikan diri dari rumah anak yatim. Jwanita
di bawa tinggal bersama di rumah Julaika.
Baru sahaja Jwanita merasai nikmat
bahagia, hatinya kembali remuk, kecewa bila mengetahui Dr Farhan merupakan
tunang kepada adiknya. Malah bakal bernikah tidak lama lagi. Bermulanya dendam
Jwanita terhadap Julaika.
Jwanita menghilangkan diri selepas
perkahwinan Julaika. Namun, dia muncul kembali selepas 5 tahun. Misinya ingin
merebut kembali Farhan. Sesiapa yang menentangnya akan mati!
Orang pertama mati yang dibunuh oleh
Jwanita adalah orang gaji Julaika. Hanya dengan ilmu hitam, semua mangsa
Jwanita mati dengan mudahnya. Termasuklah tukang kebun dan pembantu peribadi
Farhan.
Julaika mengesyaki ada sesuatu yang
tidak kena pada kakaknya. Dia pergi ke bangsal lama dan terkejut melihat 3 pekerjanya
mati dibunuh! Mayat mereka disimpan di bawah bangsal tersebut. Julaika menyembunyikan
diri apabila mengetahui Jwanita mengesan kehadirannya di situ.
Gagal mencari Julaika, Jwanita ingin mensasarkan
pada anak Julaika dan Farhan. Mujur Farhan ada ketika itu. Farhan mengorbankan
dirinya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anak-anaknya. Farhan dan Jwanita
mati terbakar. – Tamat -
Pelakon Filem Jwanita
Maya Karin – Jwanita
Bront Palarae – Dr Farhan
Cristina Suzanne – Julaika
Marsha Milan Londoh – orang gaji
Umie Aida – ibu angkat Jwanita
Epy Naxadman
Riff Omar
Gambar
Filem Jwanita
Jwanita watak wanita gila yang digalas oleh Maya Karin |
Komen
Filem Jwanita:
Bagi aku, filem Jwanita tak
seram pun even aku ni penakut tengok cerita hantu. Kisahnya mengenai orang
sakit mental yang bernama Jwanita. Kisah orang gila dan ilmu hitam. Kisah hantu
sedikit je. So, filem Jwanita ni langsung tak seram. Tu yang bestnya. Dapat aku
tengok dengan kusyuknya.
Ada part yang bikin aku menjerit,
terkejut u olls! Masa Jwanita baling pisau ke arah Marsha. Terkejut aku
dibuatnya.
Filem Jwanita ni aku bagi 3/5 bintang.
Korang dah tengok Jwanita? Apa komen korang?
5 comments
ending dia mati ye? huhu
sudah tengok.. tak menakutkan sangat la hantunya.. cuma ngeri bab bunuh2 tu ja. hee
baru tengok giler seram... hahaha tengok pn dah tengah malam...
Baru beli cd malam tadi
Baru nak tgk mlm ni kt astro
EmoticonEmoticon