Cara Pelik Pujuk Budak Menangis Tak Dapat Makan Aiskrim

Minggu lepas kan.. aku ada terbaca kisah artis pukul si kekasihnya yang berstatus artis jugak kat laman Facebook. Siapakah dia?? Tettt.. Baca kat RotiKaya ada mention nama artis tu. Then, aku tertarik apa yang rakyat Malaysia komen pasal isu ni. So aku pun klik komen diorang.

Banyak-banyak komen, aku tertarik dengan komen yang ni. Komennya tak ada kena mengena pun dengan kisah artis tersebut. Katanya..

Cara pujuk budak menangis tak dapat makan aiskrim seringgit di 7E.

“Tadi kat 7Eleven, aku nampak budak menangis sebab nak beli aiskrim seringgit, tapi mak dia tak bagi jadi aku tak sampai hati tengok budak tu menangis, aku pun belilah aiskrim tu dan makan depan dia..”

Cara pujuk budak menangis tak dapat makan aiskrim seringgit di 7E.

Kahkahkah.. bengong ke apa. Dah la budak tu hajatnya tak kesampaian nak merasai nikmatnya aiskrim. Lepas tu digodanya pulak dengan aiskrim yang sedap tu. Tayang makan je pun. Bukan bagi budak tu merasa aiskrim. Hadoi..macam-macam. Kelakar pun ada jugak.

Ni mesti kes promosi barangan 7E yang katanya banyak tawaran RM1. Tapi sayangnya kat sini tak ada pulak promosi special macam tu. 

3 comments

tak sampai hati rasanya nak buat macam tu...tak tergamak la PC yumida..Allahu..memang nampak lucu..tapi....*eh PC sebak pulak..*


EmoticonEmoticon