Sinopsis
Sinetron Buku Harian Baim TV9 | Buku Harian
Baim mengisahkan kehidupan seorang budak kecil bernama Baim / Ibrahim (Ibrahim Khalil Alkatiri). Baim seorang
kanak-kanak periang yang berusia 3 tahun. Siapa sangka budak sekecil itu diduga
dengan penyakit kronik. Baim disahkan menghidap spinocerebellar degeneration
iaitu penyakit yang kekurangan cecair pada otak yang boleh mengakibatkan
kelumpuhan.
Sinetron Buku Harian Baim disiarkan di TV9 |
Alya (Inneke Koesherawati) ibu Baim menerima suratan takdir dengan
pasrah dan redha. Alya sering mengutamakan kehendak anak kesayangannya itu. Apa
sahaja diingini oleh Baim akan Alya sedaya upaya tunaikan. Memikirkan jangka
hayat Baim yang begitu singkat, Alya membiarkan Baim menghabiskan zaman
kanak-kanaknya seperti budak lain. Hinggalah suatu ketika, keadaan Baim
bertambah buruk, Alya segera menghantar Baim ke hospital.
Kondisi Baim yang semakin parah
memaksa dirinya berulang alik ke hospital demi kesihatan anaknya Baim. Akibat terlalu
lama tinggal di hospital, Baim merasa serik dan enggan ke hospital semula untuk
menerima rawatan susulan. Alya berasa bingung dan resah. Ini bermakna jika Baim
tidak ke hospital, pasti penyakit kronik anaknya bertambah teruk.
Alya memujuk Baim agar ke hospital
dengan menjanjikan sambutan ulang tahun kelahirannya akan diadakan di hospital.
Mendengar kata-kata ibunya, Baim terus bersetuju.
Meskipun dirinya sering berasa sakit, Baim sendiri tidak mengetahui apa penyakit yang dihidapinya. Dengan itu, dia mengasak soalan kepada doktor untuk memberitahu apa penyakit yang sedang ditanggungnya. Doktor yang tidak mahu melihat Baim kesedihan, enggan menjawab persoalan Baim.
Baim tidak puas hati. Ini kerana
dirinya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Selain dirinya
sering ke hospital menjalani rawatan susulan, dia merasakan sakitnya bertambah
teruk. Kesakitan yang berganda-ganda. Baim bertanyakan pada kawannya Ariel
apakah penyakit yang ditanggungnya. Namun, Ariel juga enggan memberitahu
perkara sebenar. Dia tidak mahu kawan baiknya itu merasa sedih selepas
mengetahui perkara sebenar.
Rahsia yang disimpan rapi oleh orang
tua Baim akhirnya terbongkar! Baim telah mengetahui penyakit yang dihidapinya. Baim
meminta bantuan Ariel agar mendapatkan sebuah buku catatan harian untuknya
menulis aktiviti seharian sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Hari berganti hari, timbul pula masalah
lain. Yang mana Alya bukanlah ibu kandung Baim. Alya dipersalahkan atas sebab
musabab Baim jatuh sakit. Seterusnya merampas Baim dari jagaannya. Saksikan
segalanya dalam Sinetron Buku
Harian Baim di kaca tv anda.
Pelakon
Sinetron Buku Harian Baim TV9
Ibrahim Khalil
Alkatiri Sebagai Baim / Ibrahim
Inneke Koesherawati
Sebagai Alya
Raffi Ahmad Sebagai
Satria
Nina Zatulini
Sebagai Olivia
Nizam Sebagai Nizam
Christable Sebagai
Abel
Estelle Linden
Sebagai Ayu
Gary Iskak Sebagai
Ayah Olivia
Nadya Almira sebagai
Fiona
Original
Sound Track OST Sinetron Buku Harian Baim
Lagu tema
Sinetron Buku Harian Baim TV9
Lagu: Catatanku
Penyanyi:
Baim feat Melly Goeslaw
Gambar
Sinetron Buku Harian Baim TV9
Gambar Baim bersama orang tuanya dalam sinetron Buku Harian Baim TV9 |
Tonton Sinetron Buku Harian Baim
Tarikh Sinetron Buku Harian Baim mula disiarkan: 8 Julai 2015
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.30 petang
Saluran: TV9
1 comments so far
saya jarang on tv9.. nanti boleh try tgk
EmoticonEmoticon