Berapa Jam Anda Luangkan Masa Di Facebook?

Antara laman sosial yang sering kita buka seperti Facebook, Twitter, Instagram ermmm apa lagi erk. YouTube, UmmaLand, Keek (eh ada yang masih aktif dengan keek ke?) dan sebagainya. Kalau dulu ada Friendster, MySpace blablabla… Tapi penggunaan Facebook paling lagend! Paling lama digunakan, paling mudah digunakan!

Blog versus Facebook. Aku lebih menumpukan blog berbanding Facebook. Sehari aku peruntukkan 2 jam untuk kemaskini blog termasuk up entry, mencari idea, menaip, ping artikel kat laman sosial. Tak berasa cepatnya masa berjalan.

muka buku,

Untuk Facebook pula, aku peruntukkan sekitar 40 minit membaca news feed perkembangan terkini kengkawan termasuk la membaca komen. Baca info bermanfaat gak yang dikongsi rakan Facebook lain, umpamanya tips blogging, tips melabur, tips rumahtangga, tips suami isteri. Kalau rajin tu, aku menyelit komen sekali. Kalau internet slow, x mengizinkan, kesuntukan masa, tengah dilanda mood malas, just skrol-skrol je news feed di Facebook.

Ianya tak la 40 minit sekaligus. Setiap sesi buka laman Facebook mungkin hanya ambil masa sekitar 5 minit. Dalam sehari, buka 8 kali (kira kasar je la). Bangun tidur, pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam, awal dini pagi, sebelum tidur.

Kengkadang tak ada niat pun nak buka Facebook tapi jari ni macam mesin automatik. Macam habit kita buka peti ais, walaupun tak ada apa-apa kita nak ambil. Tetapi tangan memandai je buka pintu peti ais tu sendiri. Cenggitu la. Korang pulak? Berapa tempoh masa diperuntukkan korang untuk buka, baca, mengomen dan menghadap Facebook

5 comments

kalau facebook tak lama pon..if let say tak update apa2 just scroll jer..setengah jam je kot..hehe..tapi kat blog lame la jgk..

Salam. Dulu lama jgk sekrg tak la. Macam xde ape je. Kalau blog sgt lama hahah. Singgah dr blog kak mia

bpe ek..hahaha..buka je laptop mmg log in fb la..hehehe

tak aktif sgt fb sejak ada wechat dan whatsapp ni


EmoticonEmoticon