Buat Laporan Polis Kes Salah Guna MyKad & Tunggakan Unifi

Hari Sabtu lepas, bertarikh 31 Oktober 2015, aku dan hb menuju ke Balai Polis berdekatan untuk membuat aduan! Aduan mengenai penyalahgunaan MyKad dan penyalahgunaan butiran maklumat si pemilik Mykad yakni hb aku dalam melanggan Unifi.

Ianya bermula bila kami menerima 2 pucuk surat yang dituju atas nama hb aku, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat tempat bekerja semuanya betul dan tepat. Reaksi kami sangat-sangat terkejut!

Surat yang datangnya dari firma guaman menuntut untuk kami membayar tunggakan bayaran langganan Unifi yang berjumlah RMxxxx. Ribu-ribuan tu! Bukan jumlah yang sedikit! Kerja gila yang dilakukan orang bengong tak berotak. Kerja siapa? Individu yang tak bertanggungjawab yang telah menggunakan MyKad hb aku untuk melanggan Unifi.

 Buat laporan polis kes salah guna mykad & tunggakan bayaran unifi, kesan & akibat mykad hilang, kesan penyalahgunaan kad pengenalan

Macam mana individu tersebut dapat menggunakan MyKad orang lain? Pada awalnya, kami pun blur, macam mana orang sebegini sewenangnya memperolehi maklumat orang lain, dah tu permohonan untuk melanggan Unifi diluluskan. Yang memohonnya orang lain, yang membayar dan si penama atas akaun Unifi tu orang lain.

Selepas berborak panjang dengan pihak yang mengeluarkan surat tersebut (firma guaman), diorang terangkan yang ia mungkin ada kaitan dengan penyalahgunaan MyKad dan menyarankan hb untuk membuat laporan polis. Sebab masa kat UIA dulu hb pernah terhilangkan MyKad. Mungkin MyKad itulah yang si bengong tu terjumpa dan disalahguna untuk melanggan Unifi.

Sebab hb memang tak pernah langgan pun Unifi ni. Buat apa nak langgan Unifi, sedangkan kat sini internet free! Wifi yang dibekalkan untuk kuarters kerajaan di kawasan sini.

Malah alamat penggunaan Unifi tu berlokasikan nun jauh di Semenanjung sana. Beralamatkan.. Pangsapuri dot dot dot…Selangor. Mereka pun ada data lokasi Unifi tersebut, haaa jaga-jagalah, dirimu sedang dijejaki. Kes ni dah pun dilaporkan di balai polis, dan menunggu siasatan seterusnya. Harap si bengong ni akan tertangkap dan dikenakan tindakan undang-undang!     

Oh… MyKad ku..kisahnya di sini:

4 comments

bahayanya kalau mykad hilang ni..harap semua berjalan lancar

bahaya jugaa kan kalau hilang mykad ni.. huhu


EmoticonEmoticon