Barakah Melahirkan Anak Sulung Perempuan

[Hadis ini TIDAK SAHIH. Info lanjut tentang entry ini, sila lihat perenggan terakhir] Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak keberkatan daripada Allah. Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan.

Kelebihan melahirkan anak sulung perempuan, istimewanya melahirkan anak perempuan dari sudut Islam, kelebihan dapat baby girl

Rasulullah bersabda, diberkati oleh Allah yang anak pertamanya, anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat doa khusus dari Rasulullah.

Kerana itu para salafus solehin, kalau mereka sudah kahwin, mereka memohon kepada allah, yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa para salafus solehin mendoakan sebegitu? Kerana inginkan doa khusus dari Rasulullah.

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah nak memuliakan apa yang mereka hina.
Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan izin Allah.

Bila lahir sahaja anak lelaki, Allah berfirman kepadanya, keluarlah dan mudah mudahan kamu tolong ayahmu. Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah berfirman kepadanya, keluarlah dan aku yang menolong ayahmu. Inilah barakah anak sulung perempuan.
- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf –
Perkongsian dari WhatsApp


Update terkini (15/12/2015):
Alhamdulillah ada saudara kita yang memberikan penjelasan berkenaan isu ini, baca:
Hadits Palsu: Keberkahan Wanita Jika Anak Pertamanya Perempuan


Kelebihan melahirkan anak sulung perempuan, istimewanya melahirkan anak perempuan dari sudut Islam, kelebihan dapat baby girl, hadis tak sahih

Untuk lebih kejelasan, sila baca pada link dinyatakan di atas. Terima kasih saudara Samporeanz.

11 comments

terima ksih di atas perkongsian ini yumida.. sy anak sulung

wahhh... baru tahu ni... kak mia anak sulung.. dan lahirkan anak sulung perempuan...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #20 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/11/senarai-url-blog-20.html

Terima kasih atas perkongsian. Sy pun anak sulung. Anak sy pun anak sulung jgk 😃

Sy pn baru tau. Alhamdulillah anak sulung sy pompuan.

Sy pn baru tau. Alhamdulillah anak sulung sy pompuan.

Ya.moga Allah permudahkan semua urusan kita kelak bersama anak2 juga keluarga.anak saya juga kedua2nya perempuan.namun sumber dalil tu macam ragu2 sebab xjelas dalilnya datang daripada mana, siapa perawinya surah apa ayat apa.kalau ada boleh jugak check kesahihannya.

Hadis ini lemah..peringkat Maudhuk

https://muslimah.or.id/6009-hadits-palsu-keberkahan-wanita-jika-anak-pertamanya-perempuan.html

https://muslimah.or.id/6009-hadits-palsu-keberkahan-wanita-jika-anak-pertamanya-perempuan.html

terima kasih atas makluman anda. saya telah membuat update terkini berkenaan kesahihan hadis di atas. saya tidak mendelete entry tersebut, kerana: supaya pembaca dapat mengetahui dengan jelas tentang kesahihan hadis tersebut dan membuat perbandingan asal dengan mesej hadis ini yg disebarkan menerusi whatsapp

Boleh dipegang tetapi tidak disandarkan dgn ucapan baginda.sbb ada hadis yg mengutamakan anak perempuan.namun adalah salah jika hadis barakah melahirkan anak perempuan pertama dinisbahkan kpd baginda SAW.


EmoticonEmoticon