Sinopsis Terlanjur Mencintaimu Drama
TV1
Terlanjur Mencintaimu mengisahkan ikatan perkahwinan yang didasari atas nama wasiat. Mahu
atau tidak, suka atau tidak mereka terpaksa menunaikan wasiat itu. Johan
Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis
Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus
satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis.
Gambar Drama TV1 Terlanjur Mencintaimu
Sudah
terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan
setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan
Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar
sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada
wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku
Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat.
Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut
ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah
Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku
Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan
cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika
hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat
Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat
itu sebelum tamat tempohnya? Apakah ujian hebat yang melanda hubungan Tengku
Hanis dan Johan? Saksikan segalanya menerusi drama Terlanjur
Mencintaimu di TV1.
Pelakon Drama Terlanjur Mencintaimu
Ungku
Ismail Aziz, Reen Rahim, Nisha Dirr,
Qazem Nor, Sheera Iskandar, Syed Ali, Kuna, Wan Hanafi Su dan Rahim Jailani.
Gambar Novel Terlanjur Mencintaimu
Saksikan
drama Widuri Terlanjur Mencintaimu
Jumlah
episod Terlanjur Mencintaimu: 26
Hari:
Sabtu - Ahad
Sam:
7.00 malam – 8.00 malam
Saluran:
TV1
EmoticonEmoticon