Sinopsis Filem Pilot Cafe

Sinopsis Filem Pilot Cafe Lakonan Fahrin Ahmad, Neelofa & Izara Aishah
Pilot Cafe mengisahkan seorang pilot bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kehenseman yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya! Ameer seorang yang playboy dan kaki perempuan.

Sharmila (Neelofa) gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya.

Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Datuk Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin.

Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya. Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe.

Siapa sangka di Pilot Cafe itu, Ameer bakal menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah) seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid. Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.

Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.

Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya.

Bagaimanakah hubungan Ameer dan Maya selepas anak itu dilahirkan? Adakah mereka kembali erat dan mencipta perasaan istimewa? Benarkah tidak sedikitpun rasa cinta Maya terhadap Ameer? Jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Bagaimana pula dengan Sharmila? Adakah benar anak dikandung Sharmila merupakan anak Ameer? Saksikan segalanya menerusi filem Pilot Cafe yang bakal berada di pawagam.

Pelakon Filem Pilot Cafe
Fahrin Ahmad - Ameer Reeza
Izara Aishah - Maya
Neelofa - Sharmila
Datuk Eizlan Yusof - Dr Khaleed

Gambar Cover Filem Pilot Cafe
Sinopsis filem Pilot Cafe lakonan Fahrin Ahmad, Neelofa, Izara Aishah, sinopsis novel Pilot Cafe karya Ahadiat Akashah, harga novel Pilot Cafe, gambar filem Pilot Cafe, pelakon Pilot Cafe, filem terbaru 2015, Facebook Pilot Cafe, review filem Pilot Cafe

Petikan ayat dari novel Pilot Cafe
DI PILOT CAFE SATU LEMBARAN CINTA TELAH BERPUTIK
kehidupan ini bermula di mana-mana...
tak menentu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya...
dia bertemu AMEER...
lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA
belajar untuk menolak cinta yang suci.
bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang
sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula
insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini..

Novel Pilot Cafe
 Sinopsis filem Pilot Cafe lakonan Fahrin Ahmad, Neelofa, Izara Aishah, sinopsis novel Pilot Cafe karya Ahadiat Akashah, harga novel Pilot Cafe, gambar filem Pilot Cafe, pelakon Pilot Cafe, filem terbaru 2015, Facebook Pilot Cafe, review filem Pilot Cafe
Gambar novel Pilot Cafe
Penulis novel: Ahadiat Akashah
Harga novel Pilot Cafe: RM35.90

Sinopsis filem Pilot Cafe lakonan Fahrin Ahmad, Neelofa, Izara Aishah, sinopsis novel Pilot Cafe karya Ahadiat Akashah, harga novel Pilot Cafe, gambar filem Pilot Cafe, pelakon Pilot Cafe, filem terbaru 2015, Facebook Pilot Cafe, review filem Pilot Cafe

Buat peminat karya Ahadiat Akashah, jangan lupa tunggu kemunculan filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Pilot Cafe yang bakal ditayangkan kat pawagam: 30 April 2015

2 comments

mcm best jerk ni. penah tgok dari jauh huhu


EmoticonEmoticon