Asam Pedas Untuk Dia Episod Akhir

Sinopsis Episod Akhir Drama TV3 Asam Pedas Untuk Dia
Ainin Sofea (Dayana Rosa) dimasukkan ke hospital. Mengetahui isterinya sedang hamil, Ahmad Ziyat (Shukri Yahaya) berasa berang. Perkahwinan yang dibina selama 8 bulan itu, kucar-kacir dengan kehadiran bayi mereka. Dia tidak mahu rahsia perkahwinan mereka diketahui orang lain. Biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Ainin.

Namun, kewujudan bayi dalam kandungan Ainin bakal membongkar rahsia yang dipendamnya selama ini. Ziyat memarahi Ainin kerana tidak menjaga diri sepanjang mereka bergelar suami isteri. Ainin begitu kecewa apabila Ziyat berterusan menyalahkannya.

Lagi mengguriskan hati Ainin, Ziyat membuat sambil lewa pembayaran bil hospital. Ainin terkandas di hospital kerana dirinya juga tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar bil tersebut. Mujur, Haji Marzuki (Manan Haji Sulaiman) melawatnya ketika itu. Maka terlangsailah bil hospital.

Majikannya itu mula menaruh syak wasangka apabila Ziyat bercakap di dalam telefon. Bunyinya seolah-olah bercakap dengan orang gaji mereka, Ainin. Selepas di soal selidik, barulah Haji Marzuki mengetahui bahawa Ainin dan anaknya, Ziyat telah berkahwin. Kini, menantunya sedang menghamilkan cucunya.

Ziyat runsing memikirkan perkahwinannya dengan rakan sekerjanya. Dia tertekan. Dalam hatinya, cintanya hanya untuk Ainin. Namun, rahsia tetap rahsia, dia tidak mahu orang lain mengetahuinya. Di rumah, Haji Marzuki telah menegur anaknya. Dia ingin Ziyat bertanggungjawab dan melaksanakan tugasan sebagai seorang suami yang sempurna. Dia tidak mahu menantunya Ainin, berterusan menjadi mangsa fitnah.

Kini, barulah Ziyat sedar betapa teruk layanan yang diberikannya terhadap Ainin. Dia segera ke rumah Ainin, namun hampa, Ainin tiada di rumah. Ziyat tidak patah semangat, dia berusaha mencari di mana lokasi Ainin. Dia ingin segera meminta maaf kepada Ainin dan ingin Ainin kembali ke pangkuannya sebagai isterinya yang sah, yang diketahui umum.

Ziyat dan Ainin dipertemukan di sebuah majlis perkahwinan. Ziyat meminta peluang dari Ainin agar memaafkannya. Masih tersisa luka di hati Ainin setelah apa yang Ziyat perlakukan pada dirinya. Ainin meminta agar Ziyat melepaskannya.

Ziyat bertambah sedih. Dia tidak mahu berpisah dengan isterinya, apatah lagi untuk menceraikannya. Ziyat bersungguh-sungguh meminta maaf. Hati Ainin yang sangat lembut, akhirnya menerima kembali suami di sisinya.

Ainin diperkenalkan kepada ibunya, Hajah Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) sebagai isteri yang telah dia nikahi 8 bulan yang lalu. Walaupun perkhabaran itu mengejutkan ibunya, ibunya gembira kerana Ziyat memilih Ainin, gadis berhati baik dan berperibadi mulia. Ziyat dan Ainin hidup bahagia. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Asam Pedas Untuk Dia episod akhir
Ainin Sofea – Dayana Rosa
Ahmad Ziyat – Shukri Yahaya
Hajah Fauziah - Fazlina Ahmad Daud
Haji Marzuki – Manan Haji Sulaiman

Gambar Drama Asam Pedas Untuk Dia
Asam Pedas Untuk Dia episod akhir, sinopsis episod terakhir Asam Pedas Untuk Dia, gambar, pelakon, pengajaran drama Asam Pedas Untuk Dia episod akhir, last episode, ending Asam Pedas Untuk Dia, episod kemuncak, resepi dan cara memasak Asam Pedas

Pengajaran drama episod akhir Asam Pedas Untuk Dia
1. Ikatan sah berdasarkan perkahwinan harus diwar-warkan agar tak timbul salah faham dari orang lain.
2. Jalankan tugas seorang suami dengan sempurna.
3. Peranan seorang ayah amat penting dalam membimbing dan membuat teguran jika si anak melakukan kesalahan.

Tamat dah drama Asam Pedas Untuk Dia. Happy ending! Untuk episod akhir ni, sakit hati la jugak tengok si Ziyat tu. Ada erk suami macam tu. Macam nak ketuk je kepala. Kahwin atas dasar kesian, lepas tu takmo mengaku dah kahwin, suruh wife jangan hebohkan pasal perkahwinan, nasib baik ada si ayah yang bagi teguran. Suruh anaknya bertanggungjawab sebagai seorang suami. Akhirnya, diorang disatukan kembali. Inilah penamatnya..

Tak sangka pulak aku, kerana masakan boleh membuatkan seseorang jatuh cinta. Dalam drama ni, si Ziyat jatuh cinta kat Ainin pasal kehebatan Ainin dalam memasak asam pedas. Terliur pulak aku bila teringatkan masakan asam pedas. Memang sedap! Mabeles! Pada sang isteri di rumah, jom memasak asam pedas, kasi suami kita 100 kali jatuh cinta kembali kat kita. Hihihi…
 
Drama Asam Pedas Untuk Dia
Tarikh episod akhir Asam Pedas Untuk Dia disiarkan: 29 Mac 2015
Hari: Ahad
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3

Tips memasak kat rumah:
Korang rasa memasak tu susah? Eh! Senang aje la! Nah try yang macam aku guna ni. menjadi!! Macam-macam masakan pun boleh buat punye la. 
Tengok sini→ Perencah Masakan Segera

Tips memasak resepi asam pedas yang super duper hebat bak Ainin Sofea, nah try la guna perencah ni. Sekelip mata je, masakan asam pedas akan siap! 
Perencah Asam Pedas, Adabi, Harga RM1.30, Asam Pedas Untuk Dia episod akhir, sinopsis episod terakhir Asam Pedas Untuk Dia, gambar, pelakon, pengajaran drama Asam Pedas Untuk Dia episod akhir, last episode, ending Asam Pedas Untuk Dia, episod kemuncak, resepi dan cara memasak Asam Pedas

12 comments

happy ending..memang drama2 siri ni akan berakhir dengan happy ending kan, asam pedas tu memang faveret kak ana Yumida hehe :)

kebanyakan drama tv mesti berakhir dengan happy ending. macam drama asam pedas untuk dia pun sama gak. biasanya kisah novel memang macam tu. penghujung novel mesti nak pembaca happy n puas hati.

sama la kak, yumida pun suka gak masakan asam pedas. memandangkan tak reti sgt memasak. guna perencah asam pedas pun jadi la. merasa gak keenakan kuah asam pedas.

jom masak asam pedas utk dia..hehehe

assalamualaikum
singgah pagi
x sempat nak tgk

memang best ending dia..asam pedas memang pebret akak..

ending terbaik.... mmg btl2 asam dan pedas, heheheee....

lepas tengok crita ni mesti terasa nak makan asam pedas..hehe

asam pedas untuk suami tercinta. resepi memikat suami :)

boleh tengok ulangan drama asam pedas untuk dia episod akhir kat tonton.my

mula2 tengok drama asam pedas untuk dia yang episod akhir ni geram gak. ending dia bahagia..

ending bahagia. nasib baik sempat tengok yang last episode drama asam pedas untuk dia ni semalam

tetibe rasa nak makan masakan asam pedas

aah betul. tamat je drama asam pedas untuk dia episod akhir semalam tetibe mengidam nk makan asam pedas..terbayang2 dah


EmoticonEmoticon