Suami Sebelah Rumah Drama TV3 Slot Dramady
Suami Sebelah Rumah mengisahkan Eryna berstatus isteri
mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Malam pertama suami isteri telah pun dilalui. Walaupun mempunyai ikatan
sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima
syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul
persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin
memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana
reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya.
Segalanya bermula apabila Azlan yang
sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di
saat akhir. Segala persiapan telah dibuat. Eryna gelabah selepas membaca mesej
yang dihantar oleh Azlan.
“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi
isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”
Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia
menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian
lama! Gila nak tolak? Namun..
“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu
tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di KL sana” – Eryna
Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu
kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan
awak? Awak malu nikah dengan saya?” – Amar
Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri
sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi
jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat Eryna.
Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya
itu. Idaman suami isteri untuk menimang cahaya mata dengan cepat. Makanan ini elok untuk lelaki dan wanita cepat hamil
Suami sebelah rumah Eryna memanglah
pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar
disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa..
Eryna perlu buat keputusan!
Kedatangan ibu bapa masing-masing
menimbulkan huru-hara. Banyak soalan yang dijawab andai mereka tahu Eryna dan
Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar,
tentulah Anis akan kecoh satu dunia!
Dalam kemelut, Azlan menambah resah
hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu
juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di
hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.
“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?”
– Amar
Soalan itu untuk siapa sebenarnya?
Eryna, Ania arau Doktor Wani yang obsess pada suami sebelah rumah dia? Ah,
Eryna keliru sudah!
Wow! Sinopsis yang berjaya membuat
hati ni membuak-buak nak tahu apa kisah seterusnya. Dapat dirasakan betapa
kecewanya hati Anis bila mengetahui lelaki didambanya merupakan suami kepada
teman serumahnya. Tertanya-tanya gak, apa yang membuatkan Eryna meneruskan
perkahwinan dan meminta Amar menjadi suaminya. Bagaimana pula ciri ciri suami idaman isteri dalam islam? Nak tahu? Jom tonton segalanya
dalam drama Suami Sebelah Rumah di
TV3.
Gambar Novel Suami Sebelah Rumah
Inilah
gambar novel Suami
Sebelah Rumah
Penulis
novel Suami Sebelah Rumah: Ana Sofia
Harga novel Suami
Sebelah Rumah: RM21 (Semenanjung
Malaysia) RM24 (Sabah/Sarawak)
Gambar Drama
Suami Sebelah Rumah TV3
Pelakon Suami Sebelah Rumah
Izzue Islam
Ayda Jebat
Saksikan akan datang Suami Sebelah Rumah
Drama Slot Dramady
Saluran: TV3
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
wow!best ni.terus terang,tak banyak novel fajar fakeer kat library rumah saya.lepas ni boleh carilah kat popular.
Waaaaaaa...baca sinopsis je dah best.Tak sabar nak tengok.Tambah pulak pelakon dia best!!!!
wahh mcm best je. Nak kena cari lah novel ni. hehe :)