KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 11/07/2014
TAMAT: 11/07/2014
1
Syawal 1998, ledakan mercun memecah kesepian di pagi Raya. Aku mengintai di
sebalik tingkap, memerhati rakan-rakanku yang lain bermain bunga api sekitar
jalan raya. Gelak tawa mereka langsung tidak mencuit hatiku untuk turut serta.
Hatiku kosong.. Siti, rakan sekelasku juga merangkap anak jiran sebelah,
menggayakan baju baru. Hatiku dipagut sebak. Bukan kerana tidak dapat memiliki
baju Raya baru, tetapi kerana insan yang memimpin tangannya. Rindunya aku pada
ibu.. Air mata mula bergenang, mengalir deras tanpa henti. Terhenjut-henjut
tubuhku menahan esak.
Bajuku
ditarik lembut. “Kakak nak air”. Aku segera membawa adik ke dapur dan membancuh
air sirap bandung untuknya. Sekali lagi emosiku terusik, “Bagitau ibu suruh
balik cepat. Nak ibu.. Nak ibu!”. Adik menangis.
5
bulan ibu telah pergi meninggalkan kami tanpa akan kembali lagi. Sungguh aku
tak sangka, begitu singkatnya masa aku bersama ibu. Andai ku tahu ibu akan
pergi secepat ini, pasti akan ku luangkan masa selama 13 tahun itu, membahagiakan
ibu. Tanpa akan menyusahkan ibu. Meminta itu ini. Tidak akan ku
minta..dibelikan baju Raya baru, selipar baru, beg sekolah baru. Tidak ibu, aku
tidak menginginkan kesemua itu. Aku hanya mahu ibu di sisi. Aku mahu dipeluk
ibu. Baring di riba ibu.
Aidilfitri
pertama tanpa kehadiran ibu, sungguh..aku cukup terseksa. Adik-adik yang sering
bertanyakan ke mana ibu pergi. Menangis-nangis meminta ibu balik segera.
Bagaimana harus kuterangkan? Hingga akhirnya aku turut menangis sama.
Beraya
buat kali pertamanya tanpa ibu, sungguh aku rasa sangat asing. Perasaanku
kosong. Yang ada hanya kerinduan buat ibu. Betapa aku sedih, sunyi, merindui
kehadiran ibu. Kepada siapa ingin kuluahkan? Menangis..menangis..menangis..hingga
akhirnya aku tidur dengan air mata berlinangan.
Ibu…ibu pergi terlalu
awal. Aku belum bersedia kehilangan ibu. Menggantikan tempat ibu…mengurus
rumah, menjaga adik-adik, membimbing adik, menunjuk jalan yang salah, jalan
yang betul. Zaman remajaku ibu..bermulanya 13 tahun itu..ku rasakan sangat
payah. Penuh duka, air mata, kesengsaraan. Kedatangan Aidilfitri seakan tidak
bermakna bagiku. Rumah kita..hilang serinya tanpa ibu. Tiada lagi kunjungan
sanak saudara, sunyi…suramnya rumah kita sesepi kesedihan yang kutanggung ibu…
“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir
dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya
Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
- Al-fatihah buat arwah ibuku –
Moga ibu ditempatkan bersama orang-orang beriman
Atas segala kepayahan, mengajar aku bercekal hati. Aku nekad keluar dari
kepompong kesedihan. Alhamdulillah ibu, kini aku sudah mampu berdepan dengan
hakikat. Mengharungi cabaran hidup. Berjaya menamatkan pengajianku, adalah
hadiah terindah buat diriku. Siapa sangka anak yatim yang diberi dugaan besar
dalam hidupnya, membuat anjakan paradigma ke arah kehidupan yang begitu
bermakna. Syukur..atas segala kurniaanNya.
Kini, kehadiran Aidilfitri dinanti dengan penuh teruja, beraya bersama
suami tercinta. Ya Allah, terima kasih memilihku atas ujianMu. Terima kasih
meminjamkan aku seorang ibu selama 13 tahun.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
Nnt da kelapangan lya join
goodluck ;-)
Gud luck.
selamat bersegmen :)
good luck
waa.. all the best tauu =D
N dah join segmen yang sama juga :D
Good luck Yumida
good luck kak ^_^
Good luck Yumida.. :)
Tahniah, sila berikan details yg diperlukan sprt yg dimaklumkan di sini http://engkumuzahadin.blogspot.com/2014/07/pemenang-giveaway-memoria-aidilfitri.html