Menang Hadiah Kategori Top Referral

Alhamdulillah, aku rasa sangat gembira bila ada rakan blogger hantar mesej kat kotak komen. Katanya aku menang hadiah utama!

Menang Hadiah Kategori Top Referral
 Mesej yang bikin hatiku melompat keriangan!

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan padaNya. Akhirnya..usaha aku membuahkan hasil. Kalau nak tahu, dalam proses nak menang hadiah kategori top referral tu memang mencabar. Perlukan banyak usaha mempromosikan link artikel tersebut.

Menang Hadiah Kategori Top Referral

Ini kali ke-2 aku menunjukkan kesungguhan aku nak menang hadiah top referral. Sebelum ni, pasal memenangi hadiah power bank. Pun sama gak, penilaian pemenang dari top referral. Bila aku tengok hadiah cash RM200 ditawarkan aku teruja nak join. Mencuba nasib. Mana tahu jika usaha membuahkan kejayaan. Alhamdulillah..ada rezeki di situ.

Sejujurnya aku bukanlah penggemar menyertai segmen/ga/contest yang hanya menawarkan hadiah top referral sahaja. Kalau anda perasaan, segmen sebegitu aku takkan join. Sebabnya macam aku katakan di atas, nak menang, nak bersaing dengan orang lain perlukan usaha dan strategi pemasaran link artikel. Cuma kalau dinyatakan pemilihan pemenang berdasarkan top referral, random, artikel terbaik. Macam tu aku seronok join. Sebab ada peluang kita menang. Mungkin melalui random.

Dengan wang hadiah ni aku plan nak tambah dana simpanan untuk beli Sijil Simpanan Premium BSN. Nak melabur.. Terima kasih buat penganjur GA ni iaitu Cik Uzu a.k.a Kisah Emas Putih atas penganjuran giveaway yang super hebat. Terima kasih penaja hadiah. Terima kasih juga yang sudi blogwalking di entry tersebut, juga pembaca yang minat menyertai giveaway tersebut. Moga anda semuanya dimurahkan rezeki.

6 comments

Salam Jumaat Yumida..

Tahniah ya...

Tahniah Yumida.. akak ada tengok juga keputusan GA tuh.. apapun usaha yang penting kan.. akak pun selalu tengok Yumida letak dalam FB link tersebut..

tahniah kak, memang nampak kesungguhan akak tu.. semoga terus sukses, shad pun teringinnnnn gak nak menang top referral, tetapi apa kan daya, daku tidak punya kesempatan waktu mempromosikannya, kekekeke

Wahh!! berbaloi2 dengan usaha Yumida.. tahniah! :))


EmoticonEmoticon