Konsert Separuh Akhir AF 2014

Konsert AF 2014 minggu 9Konsert Separuh Akhir AF 2014 telah pun berlangsung malam semalam. Pembukaan Konsert AF 2014 minggu kesembilan diserikan dengan persembahan artis jemputan Datuk M.Daud Kilau (Gila Judi, Cek Mek Molek). Pertengahan Konsert Separuh Akhir AF 2014 dimeriahkan dengan nyanyian Nizam Laksamana (Gugurnya Bunga Cinta) diikuti oleh persembahan Rahmat Mega (Takdir & Waktu). Penutup Konsert AF 2014 Separuh Akhir bergema dengan persembahan nyanyian Black ft. RJ (Teman Pengganti).

Komen aku bagi Konsert AF 2014 minggu 9 ni, Ewal, Firman dan Nuha memberikan persembahan terbaik. Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu 9.

Senarai lagu Konsert Separuh Akhir AF 2014

Lagu Solo
Azwan AF 2014 – Cinta Sesungguhnya (Sabhi Saddi)
Ewal AF 2014 – Magic (Rude)
Firman AF 2014 – Nur Nilam Sari (Awie)
Aman AF 2014 – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
Nuha AF 2014 – Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)

Lagu Duet Bersama Artis
Azwan AF 2014 ft. Noraniza Idris – Tanda Kasih
Ewal AF 2014 ft. Adira – Muara Hati
Firman AF 2014 ft. Joey BPR – Seribu Tahun Takkan Mungkin
Aman AF 2014 ft. Masya – Kalau Cinta
Nuha AF 2014 ft. Mus MAY – Cintamu Mekar Di Hati

Tahniah buat 5 peserta AF 2014 yang telah menjayakan Konsert ke-9 Akademi Fantasia 2014 malam semalam. Terjah kritikan dan komen persembahan peserta AF 2014 di Konsert Akademi Fantasia Minggu 9:

Komen Persembahan Peserta Konsert Separuh Akhir AF 2014


Ewal AF 2014 dengan lagunya Magic. Persembahan yang menghiburkan! Aku suka! Malah Datuk Ramli MS pun puji Ewal. Bagi persembahan lagu duet pula antara Ewal AF 2014 dan Adira lagu Muara Hati, kolaborasi yang sangat baik. Ada harmoni, Ewal nyanyi dengan cara tersendiri. Bagi aku vokal Ewal sangat sedap di dengar.

Nuha AF 2014 dengan lagunya Ku Pendam Sebuah Duka. Lagu dinyanyikan dengan cara terbaik. Ada feel, sebutan yang jelas, mesej lagu sampai kepada penonton. Aku suka Nuha, sebab Nuha ada gaya tersendiri nyanyi apa-apa lagu. Lagu duet pula, Nuha AF 2014 bergandingan dengan Mus MAY, lagu Cintamu Mekar Di Hati. Persembahan menarik, nyanyian sedap, gabungan mantap! Sangat suka dengar bila Nuha keluarkan suara rock.

Firman AF 2014 membawa lagu Nur Nilam Sari. Feel memang ada. Kedengaran syahdu lagu tu. Cuma part high note ada kalanya kurang sedap di dengar. Sikit la. Komen Datuk Ramli MS, Firman terlalu banyak guna vibrato. Hingga sebutan kurang jelas di dengar. Tapi benar la, sebutan nyanyian Firman sering kali kedengaran kurang jelas liriknya. Komen yang begitu membina. Lagu duet pula, Firman AF 2014 bergandingan dengan Joey BPR, lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin. Memang best! Nyanyian sedap! Dua-dua jiwa rock, memang gandingan yang serasi!

Aman AF 2014 membawa lagu Sedetik Lebih. Aman nyanyi penuh kesungguhan, ada rasa feel lagu tu. Raja Azura suka Aman nyanyi lagu ni. Penjiwaan lagu yang bagus. Komen Datuk Ramli MS, Aman tak sesuai dalam bidang nyanyian. Lagu duet pula, Aman AF 2014 bergandingan dengan Masya, lagu Kalau Cinta. Lagu ni..ermm..tiada cabaran vokal. Tiada suntikan kreativiti dalam nyanyian. Karakter Aman kurang menyerlah dalam lagu ni. Komen Fauziah Latif pula, Masya take over nyanyian lagu ni. Aman tenggelam.

Azwan AF 2014 membawa lagu Cinta Sesungguhnya. Lagu duet pula, Azwan AF 2014 bergandingan dengan Noraniza Idris, lagu Tanda Kasih. Memang kena dengan jiwa Azwan. Persembahan menghiburkan. Namun, lagu solonya iaitu Cinta Sesungguhnya mendapat kritikan juri. Azwan tak dapat deliver lagu balada dengan baik. Hanya lagu berirama etnik sesuai dinyanyikan Azwan. Persembahan solo yang kurang cemerlang menyebabkan Azwan tersingkir di Konsert AF 2014 minggu 9, iaitu di konsert separuh akhir AF 2014.

gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu 9, Azwan tersingkir Konsert AF 2014 Separuh Akhir, artis jemputan Datuk M.Daud Kilau (Gila Judi, Cek Mek Molek), Nizam Laksamana (Gugurnya Bunga Cinta), Rahmat Mega (Takdir & Waktu), Black ft. RJ (Teman Pengganti)
Kredit foto: Facebook Akademi Fantasia

Pengacara Konsert Separuh Akhir AF 2014
Zizan Razak & Faizal Ismail (FBI)

Juri Konsert Separuh Akhir AF 2014
Raja Azura, Datuk Ramli MS & Fauziah Latif

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Konsert AF 2014:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Tarikh Konsert Separuh Akhir AF 2014: 2 November 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

2 comments

Wah, memang ikut dari awal sampe aherlah tok. Heheh.

Kita suka ewal..saingan Hafiz ni..vokal dia best...


EmoticonEmoticon