Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!".

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 06/10/2014

Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
Dengan wang RM1 juta saya akan manfaatkan untuk:

RM100,000 untuk baik pulih rumah, membesarkan ruang rumah, membuat sistem keselamatan rumah yang canggih dan terkawal rapi.

RM150,000 untuk buka kedai buku. Memandangkan diri saya yang gemar membaca novel, majalah, buku ilmiah, surat khabar. Lagipun rakyat Malaysia kan suka membaca, pastinya perniagaan buku saya mendapat sambutan hangat.

 Membeli lebih banyak peralatan menjahit. Modal saya anggarkan dalam RM150,000.  Terutamanya membeli bahan manik dan modal kain. Modal masuk dalam kos sewa kedai, kos bayar upah pekerja, kos mesin. Ni salah 1 cabang perniagaan yang saya minat jugak. Perniagaan menjahit. Menjual kain sulam dan kain bermanik.

Membeli Sijil Simpanan Premium BSN sebagai pelaburan. Saya bajetkan untuk pelaburan ni dalam RM100,000. Pelaburan sememangnya sangat penting untuk jangka masa panjang.

RM100,000 buat simpanan di bank. Termasuklah dalam ASB, AS1M. Dan pelbagai bank simpanan yang membolehkan saya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan.

RM100,000 untuk kegunaan bayar lump sum hutang PTPTN, bayar hutang kereta dan segala hutang sampingan yang ada.

RM100,000 untuk hantar emak dan ayah menunaikan fardhu haji.

RM100,000 diagihkan buat adik-beradik, sanak saudara yang memerlukan bantuan kewangan dalam pelajaran dan juga membeli ubat-ubatan.

RM50,000 untuk derma badan kebajikan di Malaysia. Seperti rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, golongan kurang upaya OKU, golongan miskin. 

RM30,000 untuk derma buat rakyat Gaza. Kesan peperangan telah melumpuhkan sistem ekonomi mereka di sana. Dengan saluran wang tersebut, sedikit sebanyak membantu kehidupan rakyat Gaza, untuk bantuan makanan, minuman dan pendidikan.

RM20,000 untuk membuat eQurban buat rakyat Kemboja. Macam yang kita tahu, ramai saudara Islam kita di sana yang hidup dalam kemiskinan. Malah pihak yang menguruskan Korban Kemboja adalah orang yang sangat dipercayai. Moga-moga dengan sedekah korban ni akan sampai kepada pihak yang tepat yang layak menerima.

Itulah perancangannya jika ada wang RM1 juta. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki buat diri saya, buat kita semua.

doa dimurahkan rezeki, doa diberi rezeki berkat, doa dilimpahkan rezeki, doa dikurniakan rezeki
 Amalkan doa ini selalu, insha Allah terbuka pintu rezeki buat kita

Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?
Bila saya dalam keadaan terlampau stress/sedih, perkara pertama yang saya buat ialah menangis. Dengan menangis, ia dapat meringankan tekanan yang saya hadapi. Malah saya juga pernah terbaca 1 kajian yang mengatakan, proses menangis dapat mengurangkan rasa tertekan yang dialami seseorang. So, tak menghairankan kalau orang terlalu stress/sedih, automatik mereka akan mudah menangis.

Usai menangis, saya akan merenung semula punca yang membuatkan saya stress/sedih. Setiap masalah yang timbul pasti ada sebabnya. Sebolehnya saya tidak mahu dibuai emosi akibat terlalu stress/sedih. Andai masalah tu dapat diselesaikan, saya akan berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Namun, jika punca stress/sedih di luar kawalan saya, saya akan beradaptasi menerima hakikat. Agak payah sebenarnya. Tapi itulah cabaran hidup yang kita kena tempuhi.

Dalam pada itu jugak, saya akan ambil bantuan pil penahan sakit. Sebab bila saya terlampau stress/sedih, saya mudah diserang sakit kepala. Biasa saya hanya ambil penadol. Bila penadol dah meresap dalam badan, kesakitan kepala akan berkurangan. Memberi rasa kelegaan.

Selepas solat saya sering panjatkan doa kepadaNya. Minta diberi jalan yang lurus, minta dipermudahkan urusan, minta diberi kelapangan jiwa. Mengadu kepadaNya. Diberi jalan penyelesaian setiap masalah. Itulah sebaik-baik cara untuk kita meluahkan perasaan. Pastinya luahan hati kita sentiasa didengar oleh Yang Maha Esa. Malah, lepas solat saya sering amalkan doa minta diberi ketenangan hati. Bila hati tenang, terhindarlah rasa stress/sedih, mencetuskan minda positif.

doa diberi hati yang tenang, doa ketika sedih, doa ketika tertekan, doa stress, doa stres, doa hati aman
Doa yang selalu saya amalkan ketika menghadapi saat stress atau sedih

Malah saya juga meluahkan apa yang terpendam, yang menjadi sebab stress/sedih pada orang sekeliling. Tidak kira mereka sahabat, sepupu, ibu bapa, adik-beradik. Yang penting orang yang kita luahkan tu, orang yang sangat diri kita percayai. Dengan meluah, terkurang beban di bahu kita. Malah mereka tidak lokek memberikan kata-kata semangat, nasihat.

Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?
Memori paling indah ketika bersama keluarga ialah dapat merasai keseronokan suasana Ramadhan di kampung. Tahun 1992, kali pertamanya saya merasai suasana perkampungan. Kami sekeluarga 100% berpindah dari kehidupan kota yang sibuk ke desa perkampungan yang aman damai. Masa tu saya berumur 8 tahun, darjah 2.

Pertama kalinya juga saya melihat pakcik saya bermain meriam buluh. Ala..percikan mercun dari buluh tu. Teruja lihat asap berkepul-kepul dengan bunyi nyaring meriam buluh. Lain bunyinya berbanding mercun dijual kat kedai tu. Paling bez, bila bunyi meriam buluh saling berbalas bedilan seolah-olah bunyi perang. Seronok sangat time tu. Kebetulan masa mula berpindah ke kampung, time tu awal bulan Ramadhan.

Saya turut membantu abang menyediakan pelita buluh. Memasukkan sumbu pelita ke dalam corong disediakan, memacakkan pelita buluh ke tanah, membantu menuangkan minyak tanah ke dalam buluh. Malam nanti, bila dah gelap sikit baru dipasang apinya.

Bila tibanya waktu berbuka puasa, terujanya saya melihat sajian makanan yang begitu banyak di atas meja. Padahal mak hanya masak 2 lauk je. Tapi jiran tetangga bagi makanan yang begitu banyak. Mak kata lauk pemberian jiran sebelah. Sedekah.. Bila dah masuk waktu berbuka, lahapnya saya makan. Ye la dah seharian kering tekak, perut berkeroncong. Bila kenyang, sampai senak perut jadinya. Semua nak disumbat masuk. Seronok makan beramai-ramai, riuh rendah jadinya. Mak, bapak, abang, adik, nenek, atuk, pakcik, paksu, makngah semua ada.

Malam kian gelap. Saya dah teruja menunggu kat luar rumah. Abang datang membawa mancis untuk diyalakan pada api pelita buluh. Wah…tak sangka bersinarnya cahaya api buluh tu. Kat kota mana ada benda sebegini. Rumah dekat-dekat. Malah main mancis pun dilarang. Kat kampung terasa kebebasan sedikit, meneroka pengalaman baru di kampung sememangnya menyeronokkan!! Itulah saya ketika kecil. Berpeluang merasai kemanisan kenangan di bulan Ramadhan bersama keluarga. Memori terindah! Alhamdulillah.. 

7 comments

Terima kasih sebab join. Saya dah review penyertaan anda dan tunggu update di The Kufazuke Show (www.kufazuke.com) esok tengahari untuk ketahui adakah anda pemenangnya!

Terima kasih!

tahniah yumida,salam blogwalking.

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html


EmoticonEmoticon