Entry ini merupakan kesinambungan
Sebab Mengapa Kesihatan Itu Penting. Perkongsian ini berdasarkan pengalamanku
sendiri, cara bagaimana aku ingin menjadi sihat. Setiap orang tak sama cara
menjaga kesihatan. Ianya bergantung pada kemahuan sendiri dan latihan senaman
masing-masing.
Berikut merupakan cara-cara aku menjaga kesihatan, gaya hidup yang lebih sihat!
1. Makan banyak sayur-sayuran dan
buah-buahan
2. Aku berusaha untuk mengelak makanan
mengandungi lemak dan cara masak berminyak
3. Lebihkan makan makanan laut seperti
ikan, sebab ia mengandungi protein, yang mana penting untuk memberi tenaga.
4. Berjoging di hadapan rumah, buat 5
larian penuh untuk memastikan aku berpeluh dan ianya sangat bagus untuk jantung.
5. Main badminton setiap petang.
6. Buat senaman ringkas di rumah,
sambil tengok tv sambil menggerakkan anggota badan.
7. Ambil supplement tambahan. Aku
pengguna Shaklee, melalui produk Shaklee yang aku ambil seperti GLA Complex,
Alfafa, Vita-E Complex dan Vita-Lea. Alhamdulillah, ia membantu kesihatanku
dengan lebih baik.
8. Minum air masak di rumah. Kalau ke
kedai aku akan beli air mineral, sebab kandungan air mineral lebih baik
daripada drinking water (RO-reverse osmosis). Air mineral sangat bagus untuk kesihatan.
9. Makan lebih banyak buah-buahan
terlebih dahulu, iaitu 10 minit awal sebelum mengambil makanan berat. Ini
penting bagi memastikan perut aku kenyang dengan buah-buahan, dan pengambilan
nasi diambil dalam kuantiti sedikit.
10. Menggantikan makanan malam iaitu
nasi dengan oatmeals. Aku tidak lagi mahu mengambil nasi untuk makan malam
sebab ianya menyebabkan badanku mudah naik. Lagipun selepas makan, aku hanya
baring depan tv, takde buat aktiviti membakar lemak. Selepas bertukar kepada
makanan oat, Alhamdulillah aku alami penurunan berat badan. Malah aku rasa
lebih cergas dan mudah bergerak selepas makan malam.
Inilah 10 tips cara aku menjaga kesihatan. Ianya tidak menjadikan aku kurus, tetapi lebih kepada rasa sihat.
Sebelum ni, aku sering berasa lemau, letih, kurang bertenaga, rasa malas,
sakit-sakit badan. Dengan jadual kesihatan di atas, sangat membantu aku menjadi
lebih sihat. Terbukti, penjagaan kesihatan yang baik mampu memberi tubuh badan
yang sihat buat kita.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
great
thanks for sharing
woooo0ooo00oooooooooooooooooo sedor kjap
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran memang selalu kita amalkan. Tapi nak makan buah 10 minit sebelum makan tu jarang buat coz selalunya lepasa makan buah terus makan heavy..he..he
tq sis..tips yang baik ni...
Nice sharing sis
nice info :)
tips yang berguna...tapi main badminton tuuu xpenah..huhuhu