Episod Akhir Selamat Pengantin Madu │ Episod 13
Drama Selamat Pengantin Madu telahpun
berakhir. Ada yang sempat menonton Selamat Pengantin Madu Khamis lepas? Kalau
sempat, beruntung la. Dapat tengok pengakhiran yang terjadi antara Hana (Fasha
Sanda) dan Masmira atau Mas (Eina Azman). Adakah Hana akan menjadi isteri Zulkifly
(Aiman Redza Hakim) selamanya? Atau Mas sebagai isteri kedua yang merajai
takhta hati Zul?
Di awal episod Selamat Pengantin Madu,
jelas terpamer betapa ganasnya watak Mas. Ingin meraih sepenuh perhatian dari
suaminya. Dirinya berperanan isteri kedua, bersikap tamak! Tidak mahu bertolak
ansur dengan Hana, madunya sendiri.
Hana, pada awalnya begitu kecewa
apabila mengetahui suaminya telah menduakan cintanya. Lebih teruk lagi,
suaminya berkahwin wanita lain tanpa pengetahuan dirinya. Sehingga, madunya
iaitu Mas menghantar surat layang kepada Hana. Berita perit dugaan ditempuhinya.
Namun, secara perlahan-lahan Hana cuba berdiri teguh dan meneruskan kehidupan.
Dia cuba menerima Mas sebagai madunya. Begitu banyak dugaan yang diterima oleh Hana
rentetan sikap tamak isteri baru suaminya.
Menerusi drama Selamat Pengantin Madu
episod akhir, Zul nekad menceraikan isteri keduanya iaitu Mas. Zul kembali ke
pangkuan Hana dan menyesali segala tindakannya. Tamat!
Info berkaitan:
Pelakon yang menjayakan drama Selamat Pengantin Madu episod akhir
Hana – Fasha Sanda
Zulkifly – Aiman Hakim Redza
Masmira – Eina Azman
Nisya - Khayrisyah Kemal
Syafik - Carl Eqmal Hazali
Gambar Selamat Pengantin Madu
Pengajaran drama Selamat Pengantin Madu episod akhir
Setiap orang pastinya ada ujiannya
sendiri. Aku begitu kagum melihat ketabahan fasha dalam menempuh dugaan hidup
bermadu. Sebagai seorang isteri, alangkah terlukanya jika insan yang kita
sayang berpaling tadah dan menjalinkan cinta dengan wanita lain. Mula-mula aku
ingat fasha akan minta cerai bila dapat tahu suaminya kahwin wanita lain. Tapi,
aku silap, fasha redha dengan suratan takdir, dikentalkan hatinya berkongsi
suami dengan madunya sendiri.
Watak Mas yang begitu ganas,
antagonis, kasar, sentiasa nak perhatian suaminya amatlah menjengkelkan hati.
Seharusnya Mas menjaga hati fasha, selaku isteri pertama suaminya. Menjadi
orang yang bersyukur, bila fasha berusaha menerima dirinya sebagai madu. Mas
yang dasar tak sedar dek untung! Sikap Mas yang tamak akhirnya memakan dirinya
sendiri bila dirinya dicerai oleh suaminya.
Andai sebuah perkahwinan didasari
dengan nafsu, ia tidak akan sampai ke mana-mana. Malah nak hidup berpoligami
kena tahu hukum hakam sejelasnya. Bersikap adil antara kedua-dua belah pihak
isteri. Apa yang ditakutkan bila di akhirat nanti, segala perbuatan kita akan
dipersoalkan gara-gara kepincangan dalam melaksanakan poligami. Drama Selamat
Pengantin Madu sememangnya amat bagus untuk ditonton. Banyak terkandung
mesej. Yang baik kita ambil teladan, yang buruk kita hindarkan.
Drama Selamat Pengantin Madu
Selamat Pengantin
Madu episod 13
Tarikh episod akhir ditayangkan: 30
Oktober 2014
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓