Ada yang dengar ucapan Datuk Najib pasal
Bajet 2015 semalam? Aku, dengar dalam radio. Semalam keluar beli barang dapur, so
sempat la jugak pasang telinga dengar intipati Bajet 2015 ni.
Tema Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat
Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bertarikh 10 Oktober 2014.
7 Strategi Utama Bajet 2015
Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi,
memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa
agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program
transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
Intipati Bajet 2015
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9
bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan
mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1
bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan,
sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial
merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat
(RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9
bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan
untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal
kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka
berkurangan kepada 3 peratus.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan
menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8
bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk
keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki
RM690 juta.
* Kerajaan akan terus menyediakan
ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan
asing.
* Projek infrstruktur 2015 ; membina
Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh
Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya
Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala
Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor
Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke
Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah
Alam-Klang (RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated
Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih
10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility
fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai
permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan
Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu
menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam
tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta
pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia -
Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
* TEKUN sediakan RM500 juta untuk
pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta
(usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program
pembangunan usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS
kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
Panjang lebar intipati Bajet 2015. Terperinci!
Ucapan Datuk Najib tamat pasal umumkan Bajet 2015 ni jam 6.20 petang malam
semalam. Lama beliau berucap. Aku sempat dengar sikit-sikit. So apa pandangan
korang mengenai Bajet 2015 ni?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
kekadang macam tak aci pulak bagi orang swasta macam akak nie..untunglah kan orang kerajaan..banyak jugak benefit yang mereka dapat
Untung kerja kerajaan..
syukur... alhamdulillah...
p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html
pekerja kerajaan banyak dapat benefit. initipati bajet 2015 yang begitu terperinci
bena eh. untung sapa kerja kerajaan. bajet 2015 lebarkan pencawang telekomunikasi. bagus gilak ya. kat sitok masih ada tempat xda line telefon.
Salam singgah di hujung minggu dik Yumida...kerja kat kerajaan memang untung...
alhamdulillah.. syukur tu penting
Bajet 2015 sama seperti bajet-bajet terdahulu jugak. Peruntukan kepada negeri-negeri terpilih sahaja :(