Apa itu Pemanasan Global │ Pemanasan Sejagat │ Global Warming
Definisi pemanasan global: Pemanasan global dikaitkan dengan peningkatan
suhu dunia. Istilah bahasa Inggeris pemanasan
global ialah global warming. Pemanasan
sejagat yang dapat dirasai seluruh dunia.
Pemanasan global
berlaku di mana gas terperangkap di bumi, dikenali gas rumah hijau tidak dapat dibebaskan keluar ke angkasa. Gas rumah
hijau merangkumi karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC),
metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Gas rumah hijau membenarkan bahangan
matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahang bumi ke
atmosfera. Haba panas ini terkumpul dan terperangkap di bumi.
Apabila berlaku dalam tempoh yang
lama, kesannya dapat dirasai oleh generasi masa sekarang dalam skala global. Pemanasan
global kian dirasai di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan
perindustrian dan kawasan perbandaran. Kesan pemanasan global
mengundang kepada bencana alam seperti banjir, banjir kilat, cuaca panas
berpanjangan, jerebu, musim kemarau, pencairan glasier, ribut taufan, puting
beliung dan banyak lagi.
Lihat sahaja di negara kita, Malaysia.
Bulan Jun 2014 bermulanya cuaca panas yang melampau hingga terasa begitu
panasnya bahang matahari. Hingga kita didedahkan dengan istilah Strok
Haba. Ianya berleretan hingga ke bulan September
2014. Ketika itu juga, berlakunya musim kemarau, kebakaran hutan, jerebu yang
menambah kepada aktiviti pemanasan global. Bulan Oktober pula, berita
mengenai banjir melanda di Kedah dan Sabah. Macam-macam masalah timbul yang mungkin
berpunca dengan pemanasan global.
Oleh itu, sama-sama kita jadi penghuni
bumi yang bertanggungjawab. Tidak melakukan aktiviti yang boleh mencetuskan pemanasan global. Jika kita fahami
maksud pemanasan global, mengetahui kesannya
terhadap bumi, pastinya akan timbul kesedaran dalam diri kita untuk menjaga alam
sekitar.
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
terima kasih atas ilmu yang dikongsi
Teringat isu 12 tempat di Malaysia yang akan tenggelam akibat dari pemanasan global. Seriuskan isu ni...
Salam Jumaat Yumida..Nice Sharing !!