Episod Akhir Maaf Jika Aku Tak Sempurna Drama TV3 Slot Akasia
Hajat untuk
mengahwini Luqman (Fahrin Ahmad) akhirnya tercapai. Sungguhpun begitu, Sarah (Ika
Nabila) tidak dapat mengecapi kebahagiaan sebagaimana yang dia inginkan.
Berkahwin kerana terpaksa. Luqman dinikahkan dengan Sarah selepas mereka
ditangkap khalwat.
Sarah
kecewa, Luqman tidak mencintainya. Malah dirinya juga menanggung malu selepas
kes ditangkap khalwat. Selepas sebulan berkahwin, Luqman nekad ingin
menceraikan Sarah. Sarah redha.
Melina (Sara
Ali) masih di Australia. Hatinya remuk selepas mendengar berita khalwat antara
Luqman dan Sarah. Melina memutuskan segala jenis perhubungan dengan Luqman. Melina
maklumkan kepada mamanya, yang dia akan melahirkan anak di Australia. Mendengar
berita itu, mamanya, Datin Maziah (Amy Mastura) berasa gusar. Dia diserang
sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.
Melina
bergegas balik ke Malaysia. Di hospital, Melina terserempak dengan suaminya,
Luqman. Luqman cuba menyapa Melina, namun Melina tidak menghiraukannya. Sakit
hatinya masih tersisa. Kepercayaannya terhadap Luqman lenyap sekelip mata.
Benci hatinya melihat kelibat Luqman.
Luqman cuba
menerangkan kisah sebenar pada Melina, namun tidak berkesempatan. Melina enggan
mendengar penjelasan Luqman. Luqman meminta bantuan sahabat rapat Melina untuk
mengorek rahsia dari Zeti (Tasha Shilla) tentang kes khalwatnya. Pada awalnya,
Marr, Zetty dan Yuni tidak mahu membantu Luqman. Namun, selepas mengesyaki
Luqman diperangkap, mereka cuba menyiasat kes itu.
Di kelab
malam, mereka bertiga berpura-pura mengata Melina di hadapan Zita. Tujuannya
agar Zita termakan umpatan itu. Selepas mendengar sahabat baik Melina sendiri
mengumpat musuhnya iaitu Melina, Zita tersenyum puas. Dalam keadaan mabuk, Zita
mendedahkan rahsianya. Bahawa dirinyalah yang memerangkap Luqman dan Sarah.
Segala
pengakuan itu, telah mereka rekodkan dalam telefon. Rancangan mereka mengorek
rahsia khalwat Luqman tercapai. Luqman dan Sarah sah diperangkap Zita. Mereka
bertiga gembira kerana dapat merakam bukti penipuan Zita.
Zita tersedar
bahawa dirinya telah terlepas cakap. Rahsianya terbongkar. Zita cuba mengejar
mereka bertiga dalam keadaan terhuyung hayang kerana masih dalam keadaan mabuk.
Ketika melintasi jalan, Zita tidak sedar sebuah kereta telah meluru laju ke
arahnya. Zita cedera parah. Darah mengalir keluar dengan banyaknya.
Bukti
rakaman itu ditunjukkan kepada Melina. Baru Melina sedar, bahawa suaminya tidak
bersalah. Melina menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan anak. Dia terus
dikejarkan ke hospital. Melina cuba menahan sakit, dia menangis kerana rasa
bersalah pada suaminya. Luqman bergegas ke hospital. Melihat kemunculan
suaminya, pandangan Melina terus kelam.
Heykal
membawa Effa berjumpa mamanya. Effa manis berbaju kurung berjaya menambat hati
Datin Maziah. Hubungan Heykal dan Effa direstui mamanya. Di pejabat, Sarah semakin
rapat dengan Umar. Malah hubungan mereka dari rakan sekerja bertukar menjadi
teman istimewa.
Selepas
kemalangan itu, Zita keguguran, malah sikapnya juga telah berubah. Dia masih
bekerja di pejabat dengan menggunakan kerusi roda. Walaupun dia menyebabkan
Sarah dan Luqman di tangkap khalwat, namun Sarah tetap melayannya seperti sahabat
baik.
Melina
meneruskan pengajiannya sehingga tamat. Dia berasa bersyukur kerana mempunyai
rakan yang begitu baik hati terhadapnya. Dia dan Luqman mempunyai bayi
perempuan yang comel. Melina merasa begitu bahagia di sisi Luqman. - Tamat -
Pelakon yang menjayakan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir
Luqman –
Fahrin Ahmad
Melina –
Sara Ali
Zeti – Tasha
Shilla
Sarah – Ika
Nabila
Haris –
Hefny Sahad
Datin Maziah
– Amy Mastura
Heykal –
Reza Hasbi
Marr – Marr
Mohamad
Zetty –
Shella Faeiz
Yuni –
Sabreena Ibrahim
Gambar Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir
Zita kemalangan
Masih hidup rupanya Zita. Dah berkerusi roda. Sarah bantu Zita menolak kerusi rodanya.
Gambar anak Melina dan Luqman. Hidup bahagia selamanya.
Pengajaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Ada yang
setia menonton drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna setiap minggu? Malah
menonton hingga ke episod terakhir?
Melalui drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, ada banyak pengajaran yang
kita perolehi. Usah begitu sombong, bongkak, walaupun kita mempunyai kehidupan
mewah. Jangan lupa, orang sekeling kita jugalah yang banyak membantu kita. Hormati
orang tua. Masa awal episod Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Melina begitu kurang
ajar terhadap orang gajinya, Mak Repah (Mak Jah).
Jadilah anak
yang baik, mendengar kata orang tua, hidup berpandukan syariat Islam. Watak Melina
pada awalnya begitu gemar bersosial, suka membantah kata-kata orang tua, suka
pergi ke kelab malam. Buat para suami, jangan terlalu melayan kawan perempuan. Usah
terlalu rapat. Yang mana boleh mengguris perasaan si isteri. Macam hubungan
Luqman dan Sarah. Dah tahu Sarah begitu mendambakan cintanya, nak jugak
melayan. Sarah minta hantar ke rumah, Luqman pi hantar. Sarah ajak Luqman
lunch, pun on je. Hadoi..berdrama la sangat. Ok, sekian. Drama Maaf Jika Aku
Tak Sempurna pun dah tamat. Saksikan drama Bila Hati Berbicara yang
mula disiarkan pada malam esok.
Drama Maaf
Jika Aku Tak Sempurna
Slot Akasia
Tarikh
episod akhir disiarkan: 27 Oktober 2014
Hari: Isnin
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV3
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
Dah tamat...ingatkan Zita tu dah meninggal..rupanya masih hidup dan masih berlagak Diva...yg best sbb as usual cerita Melayu..happy ending..:-D
tula ingat zita tu meninggal dah. Diva lak tu hehe.
happy ending, habis dah cite ni
kmk nanga sikit2 jak drama tuk,tp bila nanga fahrin kahwin ngan ika nabila ya,nak tauk juak kenak,jadi bila dah baca sinopsis tuk baruk tauk jln citanya tek....