Perasan tak korang, bermula tahun ni macam-macam masalah dikaitkan dengan
alam sekitar. Banjir, banjir kilat, tanah runtuh, cuaca panas berpanjangan, jerebu,
musim kemarau, pencairan ais, malah merangkumi bencana alam yang lain. Adakah
semua masalah alam sekitar ni dikaitkan dengan pemanasan global? Kalau tengok kat tv, berita Awani, isu pemanasan
glogal giat dibicarakan. Malah diwujudkan idea pembangunan lestari.
Penipisan lapisan ozon, perubahan iklim, pengasidan atmosfera, penggurunan,
kepupusan pelbagai spesies penghidupan dan pencemaran marin merupakan kesan
aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Mengapa ianya disebut isu persekitaran
sejagat atau global? Ini kerana kesan dan kemusnahan bukan sahaja akan
menjejaskan negara bermasalah, tetapi merebak ke negara jiran bahkan boleh
mencapai skala global. Khasnya masalah pemanasan global yang sedang
berlaku ketika ini.
Masalah persekitaran adalah sesuatu yang kompleks. Contohnya, pembakaran
bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Pada masa yang sama,
ia membebaskan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang
utama pemendapan berasid.
Pembangunan negara menjadi semakin pesat, selaras penggunaan sumber dan
tenaga untuk mempertingkatkan produktiviti negara. Akibatnya banyak bahan-bahan
buangan terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah
persekitaran global. Moga, dengan adanya pembangunan
lestari ianya dapat menangani isu pemanasan global.
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
Dari dulu sampai sekarang itu ajelah isu nyer... kesian bumi kita ni!
sama je isunya