Teringat hujung tahun 2012, trip sefamily ke negara jiran,
iaitu di Brunei Darussalam. Kami ke sana menggunakan kereta. Jalan-jalan makan
angin. Subhanallah, even saiz negaranya begitu kecik, tapi kemajuan dan
pembangunan di Brunei Darussalam mengagumkan! Membangun pesat!
Papan tanda selepas melepasi sempadan Brunei – Sarawak
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
Inilah masjid yang kami singgah pertama kalinya di Brunei
Darussalam. Sampai di Bandar Seri Begawan sekitar jam 3.05 petang. Agak menarik
penduduk Islam di sana, mereka menggunakan telekung sambil berjalan kaki menuju
ke masjid. Budak sekolah rendah pun ada, berehat seketika di masjid, sambil
menunggu waktu asar masuk.
Bahasa orang Brunei, lebih kepada bahasa Sabah. Memandangkan
aku pernah study di UMS Sabah, so mudah bagi aku menangkap dengan jelas apa
yang mereka tuturkan. Percakapan mereka agak laju.
Sisi lain Masjid Omar Ali Saifuddien
Wooo, yang ni memang tinggi. Cantik! Terpegun tengok
kecantikan masjid di Brunei. Subhanallah..
Ni baru hari pertama. Hari kedua dan ketiga kami
shopping-shopping di Brunei. Tapi takde la banyak. Just beli souvenir dan
baju-baju untuk dihadiahkan buat sanak saudara. Ermmm..harga barang agak mahal.
Memandangkan mata wang kita kecik berbanding Brunei. 1 dolar duit Brunei
bersamaan RM2.50 time tu. Seronoknya ke negara lain. Mengenali budaya orang,
struktur bangunan yang berbeza. Rasanya passport aku dah tamat tempoh. Kali
terakhir makan angin, bulan Mac lepas, ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Buat
korang yang kaki shopping dan kaki jalan, try la ke Bandung, best! Tempat
terbaik membeli-belah. Murah!
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
teringin nak ke negara jiran..
memang nmpak tinggi,
cantik senibina dia.
simple.
tak sampai-sampai lagi brunei walaupun makcik dah bermaustatin di sana sebab kahwin dengan orang brunei...
kakak saya ada cerita jgk.. memang best ke sana... xrasa asing pn.. yerlah kitakan serumpun... sy pn teringin nak pg sana...
Salam singgah sini dik Yumida....Subhanallah...cantiknya masjid Omar Ali Sarifuddien ni.....
Salam singgah sini dik Yumida....Subhanallah...cantiknya masjid Omar Ali Sarifuddien ni.....
cantiknya masjid ni
Teringin nak jejak kaki ke Brunei ni...in shaa allah...akan smpi juga satu hari nnt.