Sinopsis Isteriku Romantik

Sinopsis Novel Isteriku Romantik

Isteriku Romantik mengisahkan ikatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku.

Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian. Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga.

Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?

"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam

Sinopsis Isteriku Romantik, Gambar novel Isteriku Romantik, Penulis novel Isteriku Romantik: Azalea Eshal, novel terlaris 2014, novel popular tahun 2014, novel terbaik, Harga novel Isteriku Romantik: RM18.90, Jumlah halaman novel Isteriku Romantik 432 muka surat
Inilah gambar novel Isteriku Romantik
Penulis novel Isteriku Romantik: Azalea Eshal
Harga novel Isteriku Romantik: RM18.90
Jumlah halaman novel Isteriku Romantik: 432 muka surat

Novel Isteriku Romantik merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan novel Isteriku Romantik di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments