Golongan
berpendapatan tinggi iaitu gaji melebihi
RM10,000 sebulan tidak akan menerima subsidi petrol dan perlu
membayar harga petrol mengikut harga pasaran. Harga terkini petrol
bagi RON95 adalah RM2.58 seliter,
manakala harga subsidi ialah RM2.30 seliter. Skim rasionalisasi subsidi petrol
dijangka akan dilaksanakan bermula Jun
2015. Means, golongan berpendapatan tinggi sekarang ni, masih boleh
mendapatkan minyak petrol dengan harga subsidi. Tahun depan, baru bayar harga
petrol mengikut harga pasaran.
Kalau nak tahu, pemberian subsidi petrol ni mengikut kumpulan pendapatan. 3 kelompok kumpulan pendapatan dengan
golongan berpendapatan rendah dan menengah sahaja yang akan diberikan subsidi,
manakala berpendapatan tinggi tidak menerima subsidi. Boleh lihat info di
bawah:
Pemberian subsidi petrol berdasarkan gaji bulanan individu
Skim rasionalisasi subsidi petrol mengikut 3 kumpulan
pendapatan:
1) Golongan berpendapatan rendah
Gaji pendapatan kurang
RM5,000
Layak menerima subsidi petrol
100%
2) Golongan berpendapatan sederhana
Gaji pendapatan antara
RM5,000 hingga RM10,000
Mendapat sebahagian
subsidi petrol
3) Golongan berpendapatan tinggi
Gaji pendapatan lebih
RM10,000
Tidak layak menerima subsidi petrol.
Bayar minyak petrol pada harga pasaran.
Individu berpendapatan rendah, gaji di
bawah RM5,000 sebulan akan diberi subsidi sepenuhnya. Manakala berpendapatan
menengah / sederhana bermula angka gaji RM5,000 hingga RM10,000 sebulan, akan menerima
sebahagian subsidi petrol.
Pemberian subsidi petroleum bertujuan
membantu golongan memerlukan, khasnya bergaji rendah agar dapat memanfaatkan
kelebihan membeli minyak petrol pada harga rendah (harga subsidi petrol). Golongan
bergaji besar pula, pendapatan lebih RM10 ribu sebulan, akan bayar petrol dengan
harga pasaran.
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
macam mane nak dijalankan tue
kaedah pelaksanaan itu menjadi satu tanda tanya..huhuh...