Cabaran & Halangan Konsisten Dalam Berblogging

Buat blog itu mudah. Update blog itu mudah. Tapi konsisten berblog itu yang sukar! Konsisten update blog hari-hari, konsisten masukkan gambar, konsisten ubah suai saiz gambar selari dengan lebar blog post, konsisten semak kotak komen, reply komen mana ajukan pertanyaan. Ianya bukan perkara mudah. Jadi syabas buat anda semua yang masih bergelar blogger tegar hingga ke hari ini.

Aku? Sebolehnya aku ingin konsisten menulis blog setiap hari. Berkongsi cerita, berkongsi pandangan/kritikan/minat menonton rancangan tv, berkongsi mana tips yang aku tahu, berkongsi apa yang bermanfaat yang sumbernya aku buat rujukan melalui akhbar online.

Ada kalanya kerana begitu teruja berblogging akhirnya punca menyebabkan aku menjadi kecewa, frust giler! Bila mana…tuttttt…aku ceritakan kat bawah.

Cabaran dan halangan konsisten dalam berblogging, punca tidak update entry, internet bermasalah blog terabai, blogger tegar, cabaran sukar konsisten update blog, masalah konsisten berblog

Cabaran dan halangan yang perlu aku tempuhi untuk konsisten dalam berblogging

1. Internet VSAT bermasalah
Cabaran dan halangan konsisten dalam berblogging, punca tidak update entry, internet bermasalah blog terabai, blogger tegar, cabaran sukar konsisten update blog, masalah konsisten berblog
VSAT

Internet yang aku gunakan ialah jenis VSAT. Happy bila line super laju tiada masalah. Namun, penggunaan VSAT ni ada risiko kehilangan akses internet. Malah sering berlaku. Jika tempoh kontrak dah tamat, tak diperbaharui, maka kempunan la aku nak akses internet. Pernah terjadi tahun 2012, aku tak dapat beronline selama 5 bulan gara-gara tempoh kontrak VSAT dah tamat. Internet free, inilah risikonya, redho je la perkara sebegini.

2. Internet broadband Celcom yang kurang laju
Kalau kat tempat yang ada rangkaian 3G, tiada masalah nak guna broadband Celcom. Tapi kat tempat aku sekarang ni rangkaian telefon biasa je, takde rangkaian 3G. So, nak akses internet guna broadband Celcom memang perlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. Slow.. slow giler. Nak buka blog kena resfresh sampai 3-4 kali.

3. Masalah sering ‘blackout’ ketiadaan elektrik tempoh yang lama
Kat kawasan sini memang sering terjadinya blackout. Bila blackout faham-faham je la. Tiada elektrik, laptop tak on, internet pun tak boleh diakses. Biasanya notis tiada elektrik akan dimaklumkan awal. Start tiada elektrik, kebiasaannya bermula jam 8 pagi sampai 5 petang. Tapi ada jugak kes, blackout tiba-tiba. Blackout mengejut. Kengkadang sampai tengah malam. Ini juga salah satu faktor cabaran untukku konsisten dalam berblog.

4. Balik kampung
Bila dah balik kampung, aktiviti berblogging tergendala sedikit. Al maklum la, kat kampung banyak aktiviti, busy itu ini. Kurang masa nak layan laptop dan internet. Kalau aku sendiri, sebelum balik kampung aku buat schedule entry. So, takde la sunyi sepi blogku tanpa entry terbaru. Tapi tu la nak perah idea cari topik untuk schedule entry tu agak mencabar jugak.

5. Hilang mood update blog
Ni aku malas ni kalau tak ada mood. Bila mood hilang, nak buka blog pun malas, nak blogwalking pun malas, apatah lagi nak update entry blog. Semuanya malas dibuat. Hilang mood. Hilang usaha nak jana idea, tiada mood membaca. Hilang mood ada kalanya berpunca dari tekanan yang ada di sekeliling. Ye, stress!

6. Kekeringan idea update blog
Semua blogger pernah merasai masalah kekeringan idea menulis blog. Bagi aku, ianya perkara normal. Bila tiada idea, tiada entry terbaru dikeluarkan. Ia merupakan cabaran dan halangan untukku dalam konsisten berblog. Tapi haaa.. Aku nak kongsikan tips dapatkan idea update blog. Nah baca: Cara atasi masalah kekeringan idea menulis blog.

7. Kekangan masa beronline
Yang ni pun salah 1 cabaran bagi aku. Coz hari Isnin sampai Jumaat amat terhad masa untukku beronline. Sekitar 1 jam setengah je. Kengkadang kelam kabut jadinya.

Setiap permasalahan, ada jalan penyelesaian. So, jangan jadikan cabaran dan halangan menganggu urusan berblogging kita. Cari jalan alternatif keluar dari masalah ini. Sentiasa ada plan B. Moga-moga ia membantu kita konsisten dalam berblog. Menjadi blogger tegar di alam blogging. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

12 comments

2, 5, 6, 7 adalah masalah yg paling common.
Memang tak dapat nak elak hal2 macam ni.. ~.~

Semua kat atas memang sering kita alami dalam dunia blogging.....

Assalammualaikum.. yumida,

semua cabaran nie ....turut dihadapi mselim3 dalam berblog...

mselim3

Wah..semua yg kat atas tu,saya turut hadapi jgak :D

www.diarijejakahangat.com

kekangan paling besar bila malas.. huhu.. itu la yg sedang dihadapi sekarang nie..

Macam2 jak cabaran kan..

Banyakkan cabarannya, yang paling ketara no. 1 :)

Mencabar sungguh menjadi blogger...tambahan pula tinggal di tempat Yumida. Semoga terus tabah dan sukses

kita berblog jgn sampai jadi stress..hihihi...kan kita nak meluah...luahkan la pape kalau xde idea..kekeke :P

sekarang malas nak update @ blogwalking sebab bz.....huhu

4,5,6,7 selalu dihadapi..tapi no 4 tu memang ketara..betul kata yumida, kalau blk kg ni banyak sangat aktivitinya...rugi kalau lepaskan peluang tu..huhu

jemput join segmen newbie saya Yumida :)
http://www.ibuhana.com/2014/10/nak-url-please-bersama-ibuhanacom.html