Zaman sekarang, kelihatan barang
kehendak melebihi barang keperluan utama. Masing-masing mengejar kehidupan yang
mewah. Beli itu, beli ini.. Sehinggakan barang tersebut dibeli dengan
berlebihan, tidak dimanfaatkan penggunaanya. Bukankah ia tergolong dalam
pembaziran?
Ada yang menjalani kehidupan
berlandaskan gaya hidup mewah. Mahu kelihatan hebat di mata orang lain. Ini
gah, itu gah.. Hidup yang suka menunjuk-nunjuk. Bangga bila orang lain memuji kehidupannya
yang super sempurna. Bila dah kena puji, lubang hidung makin kembang. Sekembang
bunga Rafflesia.
Jangan lupa, membazir tu amalan
syaitan. No no no! Hiduplah dengan cara sederhana. Bila mengamalkan gaya hidup
bersederhana, hati pun tenang, low profile, hati rasa aman. Tak perlu risau
apa-apa. Menjadikan kita orang yang menghargai apa yang ada di sekeliling kita.
Dapat merasai kenikmatan hidup, sambil mengungkapkan rasa kesyukuran pada Yang
Maha Esa, pemberi rezeki. Bukankah elok sebegitu.
Sekali lagi diingatkan, amalan
membazir amalan syaitan. Sikap pembaziran tanpa keperluan ini adalah dilarang
sama sekali oleh Allah SWT sebagaimana disebut dalam surah Al-Isra’ ayat 27:
Ertinya: “Sesungguhnya orang yang
membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk
yang sangat kufur kepada TuhanNya”.
Sama-sama kita ambil pengajaran.
Peringatan buat kita semua, agar menjalani kehidupan dengan penuh
kesederhanaan. Tiada aktiviti pembaziran, pembelian barangan yang dimanfaatkan
sepenuhnya.
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
terima kasih di atas peringatan serta perkongsian ini dear...
thanks for the reminder..
Assalamualaikum dan singgah petang dik Yumida....terima kasih atas perkongsian ini....
betul ya,jgn membazir,berpada2lah kita.
Akk setuju. Beli barang ikut keperluan bukan kehendak. Tapi akk ni pantang nampak henbeg klw nampak yg cantik mula la nak beki