I Want To Touch A Dog │ Saya Mahu Sentuh Anjing
Semalam dah Program I Want To Touch A Dog (Saya Mahu
Sentuh Anjing) ni hangat dibicarakan.
Di dada media, ada yang menyokong, ada juga menentang habis-habisan. Ketika
tu, belum lagi timbul kenyataan dari Jakim. Sama ada program ni mendapat
kebenaran ataupun tidak.
Hari ni, kontroversi Program I Want ToTouch A Dog mendapat perhatian meluas. Menurut Jakim, mereka akan menjalankan siasatan terperinci berhubung
penganjuran program I Want To Touch A
Dog yang berlangsung di Petaling Jaya, 19 Oktober 2014. Semalam punya
program.
Penganjuran program Saya Mahu
Sentuh Anjing oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk
mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
Program I Want To Touch A Dog bermula
8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang
kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
Komen Pengarah Jakim Isu I Want To Touch A Dog
Program I Want To Touch A Dog tidak
sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak
penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini. Umat
Islam di Malaysia berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas
memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah
(berat). - Datuk Othman Mustapha
Kredit gambar: I Want To Touch A Dog
Program I Want To Touch A Dog tidak
pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada
masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum
berkaitan anjing.
Masyarakat Islam dinasihatkan agar
mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka
dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan
selaras dengan tuntutan Islam.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
Dah jadi isu hot ni..
segalanya kene balik kpd alquran dan sunnah. mmg tk slh pgg ketika darurat atau alasan yg kuat lg nyata tp bukan saja2 pgg. biarlah jakim jlnkn tugas. kpd org islam yg dah pgg, pergilah cari tanah
Nampak sangat macam ada yang tak kena dengan penganjur tu...
erm...sedih sebab agama islam dan kita melayu islam ni sedang diperkotak-katikkan :(
Mcm.nmpk sgt org islan senang diperkotak katikkan..huhu
Semoga isu ini selesai & mendapat petunjuk Allah... aamiin.
Mcm bodo pun ada xkan la time sekolah x belajar pasal anjing n babi... nmpak sgt pakai tudung skrg justfesyen sbb ilmu agama mcm xda ja...jgn lepas ni ada hari i want to eat pig sudah