Episod Akhir Drama 7 Suami
Ada yang nak
tahu apakah kesudahan kisah Yah dalam mendirikan rumah tangga? 7 Suami
mengisahkan Yah seorang anak yatim, dipertemukan jodoh. Namun, jodohnya tidak
pernah berkekalan. Watak Yah (Izreen Azminda) dalam drama 7 Suami, sangat menyentuh hati. Siapa sangka
drama 7 Suami ini merupkan adaptasi
daripada kisah benar. Jom baca sinopsis
7 Suami episod akhir kisah
rumah tangga Yah.
Kerana merasa terhutang budi pada Haji
Dollah dan desakan neneknya, akhirnya Yah memutuskan untuk berkahwin dengan
Haji Dollah. Biar tiada cinta, tiada kasih. Yah rela dalam terpaksa. Haji
Dollah antara orang yang terkaya di kampung itu. Sering membantu keluarga Yah,
membiaya perbelanjaan hospital nenek Yah. Kebaikan hati Haji Dollah punya makna
tersirat! Dia ingin Yah menjadi isterinya!
Sebelum ini, Yah sudah punya kekasih
hati. Ihsan, jejaka kacak di kampung itu merupakan buah hati Yah. Ihsan dan Yah
masing-masing menaruh perasaan. Hubungan Yah dan Ihsan dicemburi oleh Suri.
Ketika Ihsan ingin menyatakan hasratnya mengahwini Yah, hasrat Ihsan ditentang
sehabis-habisnya! Keluarga Ihsan begitu membenci keluarga Yah. Percintaan Yah
dan Ihsan tidak kesampaian. Kesempitan hidup memaksa Yah agar terus menerima
lamaran Haji Dollah.
Perkahwinan Yah dan Haji Dollah tidak
berkekalan. Yah berjumpa jodoh barunya iaitu Budi. Budi sering keluar malam
dengan memberi alasan keluar bekerja. Di awal perkahwinan, mereka begitu
bahagia. Malah Budi juga tidak lokek memberikan wang buat Yah untuk
membangunkan kedai runcit. Akibat sikap Budi yang suka berjudi, akhirnya Budi menunjukkan
belangnya. Budi mengambil barang kemas milik Yah tanpa pengetahuan Yah untuk pergi
berjudi. Suatu hari, pegawai polis datang ke rumah Yah dan memaklumkan untuk
menangkap Budi. Budi akhirnya dipenjarakan, lantaran itu dia menceraikan Yah
agar Yah dapat mengecapi kebahagiaan berkahwin dengan orang lain.
Selepas
menjanda seketika, Yah bertemu jodoh dengan lelaki kaya. Datuk Naza
ikhlas mencintainya, kerana itu juga Yah
sanggup menjadi isteri kedua. Kerana cemburu, Yah dimusuhi isteri pertama
sehingga Yah keguguran. Datuk Naza tidak sanggup melihat Yah dikasari lagi,
lalu Yah diceraikan.
Yah
kemudiannya bekerja di kedai makan. Di situ, Yah berjumpa dengan Kamal. Hubungan
sahabat bertambah erat akhirnya tercipta rasa cinta. Yah dan Kamal
diijabkabulkan. Dugaan melanda perkahwinan Yah dan Kamal, Kamal ditakdirkan
lumpuh. Sakitnya kian melarat hingga mengakibatkan dia pergi buat selama-lamanya.
Yah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.
Di kampung, kehadiran Yah tidak disenangi oleh Suri. Ini kerana
Suri sudah berkahwin dengan Ihsan, jejaka yang pernah mencintai Yah. Suri
merencana rancangan jahat dengan memfitnah Yah, hingga akhirnya Yah ditangkap
khalwat dengan Azli. Azli dan Yah dinikahkan. Namun, hubungan tanpa rasa cinta
menyebabkan perkahwinan itu tidak kekal lama.
Sekali lagi, Yah bertemu jodoh dengan Luqman. Mereka mengambil keputusan untuk
berkahwin. Pada awalnya, Yah begitu bahagia. Malah dirinya juga bersumpah tidak
akan berkahwin lagi. Memandangkan perkahwinannya bersama Luqman merupakan
perkahwinan ke-6. Siapa sangka, suaminya yang keenam itu, merupakan seorang
bapa ayam. Ihsan berusaha menyelamatkan Yah daripada penipuan Luqman.
Adakah Yah akan mempercayai kata-kata Ihsan? Dapatkah Yah menghidu kejahatan
dalam diri Luqman? Jika benar dakwaan Ihsan, adakah Yah akan bercerai dengan
Luqman? Yah telah bersumpah tidak mahu kahwin lagi! Adakah Yah akan membuka
ruang hatinya buat Ihsan? Memandangkan isteri Ihsan iaitu Suri sudah meninggal
dunia. Haaa…part hujung ni korang kena tengok drama 7 Suami episod akhir.
Kalau tengok kat tajuk drama ni, 7 Suami. Rasa-rasanya… Yah akan
berkahwin dengan Ihsan!
Untuk pengetahuan semua, drama 7 Suami ini pernah ditayangkan dalam
TV9. Kini, ia disiarkan semula menerusi TV3. Kisah seorang isteri bernama Yah
yang sangat meruntun hiba. Setiap suaminya, ada kisahnya tersendiri. Menghadapi
perkahwinan yang gagal dalam kehidupannya. Malah, dirinya diuji dengan ujian
hebat apabila orang kampung sering memandang serong pada keluarga Yah. Penonton
yang menyaksikan watak Yah, pasti menyalurkan rasa kasihan, simpati terhadap
nasib yang menimpa Yah. Korang dah tengok drama 7 Suami? Belum? Haaa..kena
tengok. Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari. Selamat menonton drama 7 Suami.
Pelakon yang menjayakan drama 7 Suami episod akhir
Izreen Azminda – Safiyah
Aiman Hakim Ridza – Ihsan
Kazar Saibi – Haji Dollah
Yus Waisar – Budi
Esma Daniel – Datuk Naza
Mohd Fazren Mohd Rafi – Azli
Azhar Sulaiman – Kamal
Azhan Rani – Luqman
OST 7 Suami
Original Sound Track 7 Suami
Lagu: Seruan Jiwa
Penyanyi: Salma
Lagu Tema 7 Suami
Lagu: Bukan Untuk Sesaat
Penyanyi: Min Yasmin
Lagu Latar Drama 7 Suami
Lagu: Astaghfirullah
Penyanyi: Hafiz Hamidun
Gambar drama 7 Suami
Saksikan drama 7 Suami
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
seronok tengok cerita ni. tak sangka kisah benar. tapi tak mustahil kan? tiada yang mustahil di dunia ini.
cerita ni memg best.. tapi sy masa tv 9 siarkan sy trmiss episd last... hehehe ni nk kna tgok nih...
memang kesian tengok watak yah dalam drama 7 suami ni. banyak dugaan ditempuhi yah.
aah drama 7 suami ni pernah main kat tv9. jangan terlepas tengok 7 Suami episod akhir nanti.
IM jarang tengok drama ni.
Kenape episode 4 sampai 7 was xde??
Sesape tau?