Pantun ni direka olehku sendiri.
Menunjukkan betapa aku seorang yang jiwang. Jiwang terhadap negara sendiri.
Malaysia tanah airku tercinta. Moga cinta yang tersemai dalam diri aku,
tersebar! Membenih di kalangan generasi masa kini. 2014, telah 57 tahun
Malaysia merdeka. Alhamdulillah. Moga kemerdekaan dan kedamaian Malaysia akan
berkekalan sampai bila-bila.
Pantun Malaysia Tanah Airku Merdeka
Bangun pagi terlanggar bas mini,
Jatuh tersembam di atas bata,
Bermulanya kehidupanku di bumi bertuah
ini,
Telah banyak mengajar aku makna cinta.
Beri makan burung terkukur,
Sambil menjolok mangga kuini,
Cinta mengajarku erti bersyukur,
Alangkah beruntungnya aku dilahirkan
di tanah merdeka ini.
Beli serai 10 kati,
Untuk dimasak gulai haruan,
Demi cinta kami bersatu hati,
Keakraban tercipta mengukuhkan
perpaduan.
Durian sebakul sebagai buah tangan,
Untuk diberikan buat Tok Uban,
Cinta semarakkan api perjuangan,
Demimu Malaysia kami sedia berkorban.
Hari-hari makan muruku,
Makanan kesukaan saya dan nyonya,
Malaysia oh tanah airku,
I
love Malaysia selamanya.
Habis!
Kalau suka, sila bagitau aku jiwang. Hihi.. Oh ya, sempena bulan kemerdekaan
yang lepas, aku dapat reward RM100.00 dari pihak 8Share sebab hasilkan video
bertemakan Hari Merdeka. Dalam video tu, ada sedikit ungkapan seperti kata-kata
di atas. Selamat menyambut Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia buat pembaca
semua (ucapan untuk hari kemerdekaan tahun hadapan, 2015. Hihi)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
Salam singgah pagi dik Yumida...pandai dik Yumida mencipta pantu...dan tahniah kerana berjaya dalam dalam pertandingan mencipta video tentang hari kemerdekaan di bulan Merdeka yang lalu...
Salam singgah pagi dik Yumida...pandai dik Yumida mencipta pantu...dan tahniah kerana berjaya dalam dalam pertandingan mencipta video tentang hari kemerdekaan di bulan Merdeka yang lalu...
sedap dibaca yumida ni
Pandainya karang pantun. Saya pun belum tentu boleh challenge dik yumida.
TERBAIk la Yumida ....Kak Lya tak berapa nak kretif sangat hahaha
Murah rezeki Yumida ..Alhamdulillah ..Tahniah dik
Alhamdulillah, rezeki awak. Pandai berpantun :)