Sinopsis Asam Pedas Untuk Dia

Sinopsis Novel Asam Pedas Untuk Dia

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

 Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Sinopsis Novel Asam Pedas Untuk Dia, Gambar novel Asam Pedas Untuk Dia, Penulis novel Asam Pedas Untuk Dia: Nureen Mirza, Harga novel Asam Pedas Untuk Dia: RM21.00, Jumlah halaman novel Asam Pedas Untuk Dia 528 muka surat

Inilah gambar novel Asam Pedas Untuk Dia. Sebut je nama masakan tu, terliur dibuatnya. Asam pedas pun makanan kegemaran aku jugak. Yummy!
Penulis novel Asam Pedas Untuk Dia: Nureen Mirza
Harga novel Asam Pedas Untuk Dia: RM21.00
Jumlah halaman novel Asam Pedas Untuk Dia: 528 muka surat

Kisah yang menarik untuk dikupas. Teruja gak apakah yang terjadi lepas Ziyad tahu isterinya yang sah tu mengandung? Marah? Gembira? Penuh persoalan. Jom dapatkan novel Asam Pedas Untuk Dia ni di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments

Menarik gak cerita dia..boleh masuk slot Akasia ni..he..he

dah lama tak hadap novel..srkrg ada 1 dalam proses mencari,, Diagnosis..

ish cerita, apakah? sy memang kurang gemar cerita yg menafikan hak2 wanita ni. dah banyak novel mainstream bermain dgn isu2 ini, takut nanti mempengaruhi pemikiran generasi terkini. bukankah kesusasteraan memainkan peranan yg penting dlm membentuk budaya & cara hidup masyarakat?

ish dah macam pensyarah pulak dah.. hehehe..
nasib baik novel je. nasib baik.

Macam best jer novel nih.. huhuhu dah lama betul tak layan novel..

menariknye jln cete..bce sinopsis je pn dh thu cete sedih.huhu.

Menarik sinopsis tok. Berkenan kmk baca!