Blogger Hazanis merupakan gadis
berhijab yang hebat mempamerkan fesyen dan penggayaan bertudung. Malah dia
tidak lokek berkongsi teknik dan penggayaan bertudung bersama pembaca blognya.
Majalah Hijabista menjadi rujukan blogger Hazanis dalam berfesyen. Malah
dirinya amat meminati blogger terkenal iaitu Fatin Liyana Asri dan
menjadikannya sebagai idola.
Semasa blogger Hazanis mengenali dunia
hijab, lumrahnya pasti ada cabaran yang perlu diharungi. Cabaran utama ialah berdepan
masalah kulit kepala gatal dan berminyak. So, melalui perkongsian cara menjaga
rambut, blogger Hazanis mendedahkan rahsia penjagaan rambut.
Dikatakan, punca kepada terjadinya
kulit kepala gatal semasa berhijab ialah pemakaian yang terlalu sarat, hijab
dipakai dalam tempoh yang lama, juga kesan akibat cuaca panas. Jika difikirkan
logik, ada kebenarannya. Malah aku sendiri juga turut berdepan masalah yang
sama. Jom kita bongkar tips dan panduan penjagaan rambut dari blogger Hazanis.
Cara Penjagaan Rambut:
1. Cuci rambut menggunakan syampu
Sunsilk Lively Clean & Fresh. Syampu yang kaler hijau botolnya tu. Syampu
Sunsilk ni membantu mengatasi masalah kegatalan kulit kepala terutamanya rambut
yang sukar diurus.
2. Guna perapi rambut selepas
membasuh. Ia membantu mengurangkan keguguran rambut.
3. Sewaktu membasuh rambuh, elakkan
dari menggunakan air panas.
Itulah 3 utama tips penjagaan rambut.
Syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh sangat disyorkan buat muslimah
berhijab. Ini kerana Sunsilk mencuci dengan rapi. Memudahkan proses menguruskan
rambut dengan mudah walaupun ketika diri kita sedang berhijab. Selamat
mempraktikkan tips ni.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
pastikan cuci rambut setiap hari...itu untuk tips tambahan hihihihi :)
boleh cuba..kalau boleh memang tiap2 hari nak cuci rambut..yelah sebab bertudung kan.
Boleh cuba tok ;)
Artikel mudah untuk dipahami dan sangat bermanfaat.
Sambil baca artikel tips yang keren ini sy mau tanya untuk tips memilih kaos kaki wanita yang cantik seperti apa ya...
saya gak tahu sebab saya gak pakai kaos. tapi kawan saya ada yang pakai kaos kaki. mungkin yang corak flora nampak lebih elegant