Berhati-hati untuk elak identiti dicuri di laman sosial
Masalah
pencuri identiti ini sudahpun menular di tanah air kita. Justeru, jangan tunggu
sampai anda jadi mangsa seterusnya dan kemudian baru ingin rasa menyesal.
Mungkin si pencuri identiti cukup bijak dalam melaksanakan perancangannya tapi
perlu ingat bahawa anda juga mempunyai seribu satu langkah untuk elak terus
jadi mangsa keadaan.
Cara mengatasi masalah pencuri identiti
1. Jangan kongsi maklumat peribadi di laman sosial
Elakkan
daripada berkongsi terlalu banyak maklumat yang bersifat peribadi di laman
sosial. Ya betul, langkah ini adalah jalan terbaik untuk mematahkan serangan si
pencuri identiti. Maklumat seperti nombor telefon dan alamat perlu dirahsiakan
dan hanya dikongsikan pada kenalan terdekat atau orang yang dikenali saja. Ini
kerana si pencuri identiti boleh menyalahgunakan maklumat peribadi anda untuk
tujuan yang tidak elok.
2. Delete akaun laman sosial yang tak aktif (tak
digunakan lagi)
‘Deactivate’ kan akaun laman sosial yang sudah tidak digunakan lagi. Kebiasannya, anda akan berkongsi gambar dan maklumat peribadi di setiap akaun laman sosial yang anda aktifkan. Justeru, semua maklumat itu akan tetap menjadi tatapan umum walaupun anda tidak akses laman sosial terbabit untuk jangka masa yang lama. Apa salahnya ambil beberapa minit untuk menutup akaun itu buat selama-lamanya. Langkah itu boleh membuatkan anda menarik nafas lega.

3. Jangan dedah kata laluan dan lakukan
kekerapan menukar kata laluan
Jadikanlah akaun lama sosial anda sebagai sesuatu yang amat bernilai kepada diri anda. Contohnya, kata laluan dan ID tidak boleh dikongsi dengan sesiapa termasuk teman lelaki! Biarpun kita percaya padanya tapi kita tidak tahu bagaimana impaknya pada masa hadapan kelak. Lagipun, kadang-kadang kita leka untuk menukar kembali kata laluan sesudah berkongsi dengan orang lain. Justeru, anda perlu sentiasa menukar kata laluan untuk tahap keselamatan yang lebih tinggi.
4. Waspada! Ambil tahu berita kes jenayah dalam laman sosial

Ketahui
berita dan pengetahuan semasa mengenai kes jenayah yang terbabit dalam laman
sosial. Apabila anda seorang yang sentiasa berwaspada ketika melayari laman
sosial, risiko kebocoran maklumat peribadi dan koleksi gambar anda tidaklah
begitu tinggi berbanding mereka yang tidak tahu menahu mengenai cara melindungi
maklumat peribadi dalam akaun laman sosial.
Itulah
4 cara mengelak identiti kita dicuri dilaman sosial. Kes jenayah di laman
sosial makin meningkat dari hari ke hari. Langkah berjaga-jaga amatlah penting.
Kita tak nak seperti pepatah, “Dah terhantuk baru nak terngadah”. Berwaspadalah
dari sekarang. Selamat berFacebook, berTwitter, berInstagram, berUmmaland dan
happy berblogging!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
Thanks untuk perkongsian tok kak ;) Berhati2 lah kita..
Nice sharing.. kena lebih berhati2 laa..
perkongsian yg bermakna...hee
Hahha kdg2 cx pelik gak org yg beriye share psl hdp sndiri dkt public. Pastu bile da kene dupicate nak meroyan. Ape mslhnya? Sendiri yg open sharing kan. Huhu cx tujukan khas entry ini kpd mereka spya lbh waspada. Jgn biarkan pisang berbuah dua kali. :))