Sinopsis Selamat Pengantin Madu Drama TV3 Slot Lestary
Selamat Pengantin
Madu berkisarkan kisah kekeluargaan yang didalangi
orang ketiga. Kehadiran orang ketiga dalam perhubungan suami isteri,
mengeruhkan lagi keadaan. Lebih memburukkan lagi, orang ketiga mempunyai hak
yang sah dalam perhubungan itu. Menakutkan, bila kehadiran orang ketiga membawa
watak antagonis!
Hana (Fasha Sandha) seorang isteri
mithali buat suaminya iaitu Zulkifly (Aiman Hakim Ridza). Manakala ibu kepada 2
orang anak, Nisya (Khayrisyah Kemal) dan Syafik (Carl Eqmal Hazali). Hana
mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Mempunyai kerjaya di syarikat swasta,
kehidupan mereka serba serbi mencukupi.
Siapa sangka isteri yang cukup mithali
itu diduakan oleh suaminya. Dugaan yang begitu berat bagi Hana. Masmira (Eina
Azman), isteri kedua Zul merupakan madunya! Kenyataan yang tak dapat dinafikan
Hana, kerana Masmira dan Zul sudah mempunyai ikatan sah.
Ya, suaminya telah melakukan poligami
tanpa pengetahuan dirinya. Betapa hancurnya hati seorang isteri. Apabila insan
disayangi menduakan kasih sayang dicurahkan dirinya. Hana kecewa, terkilan,
merasa sedih yang teramat sangat.
Dalam kehidupan realiti, memang kisah
sebegini kerap berlaku. Bagi isteri yang tidak sanggup menanggup beban hidup
bermadu, pasti kita sudah tahu apa pengakhiran hubungan suami isteri tersebut.
Namun, dalam drama Selamat Pengantin
Madu kita akan disajikan perjalanan sukar dan pengorbanan seorang isteri buat
suaminya yang tercinta. Hana menerima takdir dimadukan dengan pasrah dan
mencuba terbaik dalam menyelamatkan hubungan perkahwinannya.
Namun, dugaan dan rintangan dalam
menerima kehadiran madu tidak semudah yang Hana sangkakan. Lebih-lebih lagi,
madunya sendiri, Masmira tidak mahu berkompromi dengan dirinya. Lebih teruk
lagi, Masmira menginginkan perhatian penuh daripada Zul 100%. Malah, Masmira
merencana perancangan jahatnya. Tonton segalanya dalam drama Selamat Pengantin Madu di TV3.
Info berkaitan:
OST
Selamat Pengantin MaduBACA: SELAMAT PENGANTIN MADU TV3 EPISOD AKHIR (EPISOD 13)
Saksikan Selamat Pengantin Madu
Drama TV3 Slot Lestary
Jumlah episod Selamat Pengantin Madu: 13
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Suka jugak tgk citer ni..Suka tgk Fasha bertudung ..Nampak cantik
Watak Aiman pon best dalam citer ni.......... Sesekali jadi bapak orang ..biasa berlakon jadi kekasih orang suami org jer kali ni jadi bapak orang la pulak ......
nt mas kne buli suami dia duk gelak je hehe
Ada tgk 1st episod ;D
Akak suka tengok Aiman berlakon...hehe
Menyampah tengok c eina azman tu berlakon.. mngedik mcm ape jeee.... nasib baik mmg xmnt kt die.... puihhhh