Isu ni telah lama aku perhatikan dalam
program realiti yang terbaru ni, Akademi Fantasia 2014. Semenjak Konsert AF 2014
minggu 1 dan minggu 2, pakaian peserta AF khasnya peserta muslimah yang
menggunakan hijab, pakaian digayakan ketat-metat.
Konsert AF 2014 minggu 1, Muna
menggayakan seluar ketat. Manakala, Konsert AF
2014 minggu 2, seluar ala-ala legging menampakkan bentuk kaki Nuha. Peserta
bertudung tapi penampilan tidak sesuai dengan imej Islamik peserta tersebut.
Siapa kenal Mizz Lahar? Orang kuat
dalam media hiburan Kosmo. Turut sama mengkritik pakaian peserta AF 2014.
“Mizz Lahar tersentak! Adakah para
pelajar tidak dibenarkan memberi sebarang pandangan terhadap pakaian yang bakal
diperagakan oleh mereka? Adakah mereka dipaksa mengikut kehendak dan idea
perunding imej seratus peratus?
Sepatutnya, dia perlu lebih sensitif
dalam menyelia jenis-jenis pakaian yang dipakai oleh pelajar-pelajar AF2014.
Dari sinilah mereka perlu dididik terutamanya dalam hal ehwal memilih pakaian. Walaupun
mahu kelihatan trendy, tapi perlu dijaga garis pemakaian muslimah buat mereka”
– Mizz Lahar (Akhbar Kosmo)
Aku sangat menyokong kenyataan Mizz
Lahar. Moga pihak perunding imej Akademi Fantasia 2014 mengambil langkah
drastik!
Ketahui maklumat AF 2014 klik:
Lagu dan
persembahan peserta AF 2014:
Siapakah
peserta AF 2014 yang telah tersingkir?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Perghhhh kenak kritik ya ;)
sokong jugak, sebab pelajar pun nampak tidak selesa dengan pakaian2 yang diberikan..
Assalamualaikum dan singgah mlm dik Yumida...tak tau kat mana Diana baca pakaian untuk peserta yg bertudung juga harus di titiberatkan.....
Hahaha nothing to say cuz people change for nowadays by following the trend without the rules of our religion. when there is no iman in our heart and life, so there is nothing to be proud of. Peace no war! :))
wah akak..update af ni..
Sepatutnya perlulah sensitif dengan pakaian peserta wanita terutama yang bertudung kan..