Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna Drama TV3


Melina (Sarah Ali) anak orang kaya, bersikap angkuh dan sombong. Perwatakannya juga cukup kasar. Melina merupakan anak kepada Datuk Zakri (Iskandar) dan Datin Maziah (Amy Mastura). Dia gemar ke kelab malam, justeru itu menimbulkan rasa marah ayahnya. Datuk Zakri ingin melihat anaknya Melina menjadi anak yang baik dan berjaya dalam pelajaran. Namun, Melina sering sahaja ponteng kuliah. Aktiviti Melina yang sering curi-curi keluar rumah di waktu malam menimbulkan rasa gusar di hati ayahnya.

Haris (Hefny Sahad) lelaki hidung belang cuba memikat hati Melina. Baginya Melina berbaloi untuk didekati. Anak orang kaya, cantik, mempunyai kereta mewah! Walaupun sudah mempunyai kekasih iaitu Zita (Tasha Shilla), Haris dengan sikap playboynya suka melayan wanita cantik. Yuni (Sabreena Ibrahim) dan Zety (Shella Faeiz) merupakan teman karib Melina. Sarah (Ika Nabella) merupakan sahabat Luqman semenjak kecil, namun selepas mereka mencapai dewasa, Sarah menaruh hati pada Luqman.

Luqman (Fahrin Ahmad), seorang jejaka kacak yang baru sahaja menamatkan pengajiannya. Dia membantu ayahnya menguruskan ladang sayur-sayuran di kampung. Luqman bertekad ingin mencari pekerjaan di Bandar demi membantu kehidupan orang tuanya. Datuk Zakri tersentuh dengan keikhlasan hati Luqman mencari kerja. Datuk Zakri meminta bantuan Luqman untuk mengawasi tingkah laku Melina.

Cabaran Luqman bermula. Melina yang keras kepala enggan menerima nasihat baik Luqman. Malah sering kali tercetusnya perbalahan antara mereka. Demi memenuhi permintaan Datuk Zakri, Luqman tidak akan menghampakan permintaan ayah Melina.

Sebelum Datuk Zakri meninggal dunia, beliau telah menyerahkan wasiat kepada bapa Luqman, iaitu Rashid (Fendi Seman). Dalam wasiat tersebut, ada perjanjian yang menyatakan Luqman dan Melina akan disatukan. Walaupun hati Luqman dan Melina enggan menyetujui wasiat itu, apakan daya itu adalah wasiat orang tuanya.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri.

Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri? Saksikan segalanya dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna di TV3.


Info berkaitan:
Ost Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna bakal tamat. Apakah yang akan terjadi untuk Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir kelak? Sama-sama kita tengok dan lihat. Apa pun dah ada drama terbaru yang bakal menggantikan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni. Nak tahu? Bila Hati Berbicara bakal disiarkan selepas tamatnya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, dijangka bermula 28 Oktober ini.

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna, novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna, pelakon Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Saksikan Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Drama TV3 Slot Akasia
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7 malam – 8 malam
Saluran: TV3


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

Cerita dia lebih kurang Rindu Awk 200% kan..Kahwin atas dasar family..Tapi ritu tengok episod 1st boleh tahan laa...

Sik sabar tgu cdak kawen ;D

Zumal pun mengikuti drama ini ^_^

aah. drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ditayangkan jam 7 malam

sama la episod 1 lagi dah nampak best. drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni bakal tamat. teruja nak tahu apa kisah Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir nanti.

hihi. nang kelaie ajak kejanya

sama la zumal. dah berjangkit tengok drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna tiap2 malam

memang bez pun kak. layan jam 7 malam sambil rehat2. dah nak episod akhir dah drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni