Gigi Dinosaur Dijumpai Di Hutan Pahang, Malaysia

Dinosaur wujud di Malaysia!

Sebelum ni, aku ingatkan cerita dinosaur hanya rekaan semata-mata. Al maklum la kat tv banyak cerita pasal kartun dinosaur ni semua. Rupanya, dinosaur tu memang terbukti kewujudannya! Ya.. dinosaur wujud di Malaysia! Negara kita sendiri.

Gambar gigi dinosaur

Gigi dinosaur dijumpai di hutan Pahang Malaysia, bukti dinosaur wujud di Malaysia, gambar gigi dinosaur, penemuan fosil gigi dinosaur spesies Spinosaurid, dinosaur spesies Tyrannosaurus Rex (T-Rex)
Fosil gigi dinosaur ni ditemui di hutan antara Kuala Semantan dan Temerloh, Pahang. Gigi dinosaur mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar. Agak pelik rupa bentuk gigi dinosaur. Ingatkan macam bentuk taring.

Fosil gigi adalah milik dinosaur spesies Spinosaurid

Penemuan fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod di sebuah kawasan hutan di Pahang membuktikan bahawa ia lebih besar daripada spesies Tyrannosaurus Rex (T-Rex). Sebelum ni hanya nama dinosaur T-Rex je pernah dengar, hari ni baru tahu ada spesies dinosaur lain: Spinosaurid.

Selepas penemuan fosil gigi dinosaur ni, kerja mencari dan menjejaki fosil dinosaur yang lain akan dilakukan. Cabaran nak cari fosil dinosaur tinggi sebab keadaan hutan Pahang yang begitu tebal.

Penemuan fosil dinosaur akan dijadikan destinasi pelancongan

Haa..ini berita baik! Memandangkan dah terbuktinya ianya dari fosil dinosaur. Kemungkinan kawasan penemuan fosil gigi dinosaur ni akan dijadikan sebagai tempat pelancongan. Baguslah tu, moga lebih banyak pelancong yang akan datang ke Malaysia. Moga dipermudahkan usaha mencari fosil dinosaur, mungkin ada lagi fosil dari anggota badan lain dinosaur dijumpai. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

Teringat kat cerita Jurassic Park!

Tak sangka pula ada wujud kat Malaysia, takkan gigi je badan mesti ada punya.

uishh , takkan kot , macam tak percaya pulak , huhu

Wahh! Unbelievable! Di Malaysia kot! Terbaik!

Hehehe ada ke ....tak tahu pon slama ni huhuhjhu

Memang sukar nak mempercayai kewujudan dinosaur kat malaysia ni ya..