Sinopsis Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2


Sinopsis Novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2

Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 mengisahkan doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. Kredit: Dekatnya Cinta – Adam & Hawa 2

Sinopsis Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2, Gambar novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2, Penulis novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2: Aisya Sofea, Harga novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2: RM26.00, Jumlah halaman novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 656 muka surat

Inilah gambar novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2
Penulis novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2: Aisya Sofea
Harga novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2: RM26.00
Jumlah halaman novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2: 656 muka surat

Kalau nak tahu novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 merupakan novel terlaris tahun 2014. Sure jalan ceritanya begitu gempak. Kalau tak, mana mungkin novel yang bersaing dengan ribuan novel lain terlaris berbanding yang lain. Lagipun penulis novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 ni, novelistar yang begitu terkenal: Aisya Sofea. Jom dapatkan novel terlaris ni di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Macam best ;D

macam bes.. tapi nanti en chenta marah lagi.. asik2 layan novel..walau pun di kala senggang...huhuhu

bestnyaaa...mesti penuh emosi novel ni..

best sangat2.. tapi naik menyampah dgn adam mukriz 2..egonya tak bertempat kesian ain.. huhuhuhu