Drama TV3 Dosa Seorang Suami Episod Akhir
Sheila menyepi diri selepas mengetahui
Rafiq merupakan ayah kandungnya. Dia berasa malu kerana status dirinya anak
luar nikah kepada majikannya, iaitu Rafiq. Rafiq, dahulunya seorang usahawan
yang terkenal dan berjaya, kehidupan Rafiq penuh kemewahan. Rafiq hidup
bergelumang dengan dosa malah tidak membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan
yang baik.
Dugaan telah menimpa Rafiq. Rafiq
disahkan lumpuh sebelah badan. Ujian ini telah menyedarkan Rafiq akan
dosa-dosanya yang telah lalu. Semenjak Rafiq jatuh sakit, anak dan isterinya
cuba menjauhkan diri. Bagi mereka, Rafiq seorang yang kotor, tidak berdaya,
lumpuh, sudah tidak bernilai dalam keluarga.
Seorang gadis muda muncul menghulurkan
bantuan. Siapa sangka rupa-rupanya gadis yang cukup baik hatinya mempunyai
hubungan darah bersama Rafiq. Rafiq adalah ayah kandungannya. Perkara itu
disedari selepas Rafiq sendiri sudah sembuh sepenuhnya daripada lumpuh. Dek
terkejut dengan berita menggemparkan itu, Sheila membawa diri. Mengelak
daripada berjumpa dengan insan yang pernah dia kenali.
Ustaz Amin cuba memperbetulkan
keadaan. Menerangkan apa status Sheila dan apa tindakan yang perlu diambil.
Rashid pernah berdedam dengan Rafiq
cuba untuk melupakan kisah silamnya. Niatnya yang cuba menghancurkan perniagaan
Rafiq dihentikan serta-merta. Rashid menaruh hati pada anak perempuan Rafiq
iaitu Arisa. Begitu juga
pada Arisa, dia juga
mempunyai perasaan pada Rashid. Demi cinta, dendam dilupakan.
Seorang bayi kecil ditemui di luar
rumah Rafiq. Rupa-rupanya bayi tersebut adalah anak Arisz. Kakak dan ayahnya
telah menegur kesalahan Arisz dan menyarankan Arisz mengambil tanggungjawab
untuk menjaga bayi tersebut.
Alya telah ditakdirkan lumpuh. Alya
menuduh suaminya iaitu Rafiq kerana menjadi punca kelumpuhan dirinya. Rafiq
bersabar melayan kerenah Alya. Sejak lumpuh, sikap Alya semakin bertambah
teruk.
Rafiq dan ibu Sheila disatukan semula.
Atas pertolongan Ustaz Amin, mereka telah diijabkabulkan. Rafiq telah
mengamanahkan wasiat pada Ustaz untuk dibacakan dihadapan keluarganya. Selepas
mengetahui wasiat Rafiq, Alya bertambah berang kerana dia inginkan lebih banyak
harta dari Rafiq. Malah dia juga memaki Rafiq untuk menceraikan ibu Sheila.
Rafiq cuba menahan kesabarannya. Rafiq menasihati Alya untuk membuat taubat
nasuha.
Rafiq menyuruh seluruh keluarganya
berkumpul. Dia meminta maaf kerana tidak mendidik anak-anaknya dengan betul.
Dia mengakui kesilapannya. Arisz juga memohon kemaafan dari ayahnya. Rafiq
membuat keputusan untuk menjadikan Ustaz Amin sebagai ahli keluarga angkatnya
yang baru. Pada masa yang sama meminta Ustaz mengajar mereka sekeluarga ilmu
agama. Ustaz Amin dengan hati yang lapang menyambut usaha baik Rafiq
sekeluarga. –TAMAT-
Info berkaitan:
Info berkaitan:
Tarikh episod akhir disiarkan: 8
September 2014
Hari: Isnin
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
ooo..habis dah ye cite ni..
Assalamualaikum dik Yumida....akhirnya anak2 dan isteri tuan Rafiq insaf....akak suka tengok drama ni...
Dah abis dahhhhh?
alaa xlyn cete ni..hehe