KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 13/09/2014
Saya menghargai kemerdekaan dengan cara:
1. Memasang
bendera di rumah dan melekat bendera
di kereta sempena meraikan kedatangan Hari Kemerdekaan.
2. Menghargai
usaha perwira negara yang telah berkorban demi memerdekakan negara kita
Malaysia. Kisah pengorbanan mereka, sentiasa mengingatkan saya agar
mempertahankan kemakmuran Malaysia.
3. Bergotong-royong
dengan orang kampung untuk memasang
bendera di dewan, stesen bas dan pintu gerbang kampung.
4. Menyertai program
kemerdekaan yang dianjurkan penduduk kampung seperti majlis kesyukuran sambutan kemerdekaan dengan bacaan doa dan jamuan
makan.
5. Saya bangun seawal 8.00 pagi untuk menonton hari kemerdekaan di kaca
televisyen. Menyaksikan perbarisan dan persembahan kemerdekaan. Menyemarakkan
lagi rasa cinta saya pada negara.
6. Saya juga membuat aktiviti melukis bendera Malaysia dan mewarna bersama anak-anak buah saya. Juga sedikit kuiz mudah bersama anak buah agar serba
sedikit mereka mengetahui apa itu Hari Merdeka.
7. Berkongsi
pendapat di laman sosial seperti di blog,
Facebook dan Twitter untuk mengungkapkan rasa kesyukuran saya
menjadi rakyat Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan. Tidak sekali-kali saya
akan menyalahgunakan penggunaan laman sosial. Tiada komen berbaur perkauman,
tiada komen mengajak rusuhan. Kerana saya begitu menyayangi Malaysia yang cukup
aman damai. Moga ungkapan kesyukuran saya menyentuh hati pembaca agar turut
menghargai makna kemerdekaan.
8. Menyiarkan video
Youtube dan lirik lagu Warisan
nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad di blog saya sendiri. Yang mana
rangkap pertama lagu Warisan ni dijadikan sebagai tema sambutan kemerdekaan kita ke-57 tahun 2014 ni. Lirik lagu yang
menyuntik semangat kemerdekaan dalam diri saya.
9. Menyertai
segmen kemerdekaan anjuran rakan blogger. Sebanyak 12 segmen bertemakan
merdeka telah saya ikuti. Juga peraduan
online merdeka saya turut sertai seperti peraduan merdeka Rexona dan
lain-lain . Malah saya juga menyahut cabaran menyertai contest besar anjuran Celcom ESCAPE iaitu menghasilkan video
bertemakan kemerdekaan: Merdeka Video Contest.
10. Saya juga menjaga
hubungan dan menghormati kaum
lain. Ini penting bagi mewujudkan perpaduan
yang harmoni. Kalau di Semenanjung, 3
kaum (Melayu, Cina dan India) hidup bersatu padu. Di tempat kelahiran saya,
di Sarawak, terdapat 30 suku kaum etnik.
Banyak bukan? Bayangkan jika saya tidak menghormati kaum, berlakunya rusuhan
perkauman, huru-haralah Malaysia. Sebagaimana pernah terjadi sebelum ni. Peristiwa
13 Mei, tragedi hitam yang meragut banyak nyawa rakyat Malaysia akibat
perkauman. Jagalah perpaduan.. Tanpa perpaduan, lenyaplah erti ‘kemerdekaan’.
11. Saya juga menghargai kemerdekaan dengan membeli produk buatan Malaysia. Sama ada barangan dapur, makanan, pakaian,
segalanya ‘Made in Malaysia’. Menyokong dan membeli produk buatan negara
sendiri menyumbang kepada pendapatan negara. Memperkukuhkan ekonomi.
12. Saya
akan memerah segala keringat dan tenaga untuk kemajuan Malaysia. Menjadi pekerja
yang produktif agar dapat memantapkan ekonomi negara. Mengorak langkah bersama-sama
pemimpin dan majikan dalam memacu Malaysia ke puncak kejayaan.
Merdeka bukan hanya pada laungan sahaja.
Tunjukkan usaha, membuktikan cinta kita. Pamerkan cara kita menghargai
kemerdekaan. Semarakkan semangat kenegaraan dalam diri. Semai rasa kasih, rasa
sayang pada Malaysia. Moga kibaran jalur gemilang sekencang cinta kita pada
negara. Harapan saya agar keharmonian Malaysia berkekalan selamanya. Selamat
Hari Merdeka! Malaysia tanah airku.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
wish u luck :)
Goodluck ;D
Semoga berjaya dik Yumida..
tahniah kak, menang first place :D
http://therylisanurulain.blogspot.com/2014/09/senarai-pemenang-give-away-by-mawar-biru.html
singgah dari segmen yang sama
http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
singgah dari segmen yang sama
http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html