Sinopsis Sinar Sinetron Indonesia Di TV3
Sinetron Sinar mengisahkan seorang
gadis bernama Sinar sanggup berkorban apa sahaja demi insan yang dia sayangi.
Dia sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk membantu abangnya, Ferry dan
adiknya, Shinta untuk melanjutkan pelajaran. Orang tua Sinar amat menyayangi
dirinya, mereka berharap suatu hari nanti Sinar akan dijodohkan dengan jejaka
kaya. Agar Sinar dapat mengecap kesenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.
Doa orang tua Sinar termakbul, apabila
suatu hari datang seorang jejaka kaya, Sayid, datang untuk melamar Sinar. Orang
tua Sinar berasa sangat gembira. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama,
lamaran tersebut telah dibatalkan! Puncanya? Andy, abang kepada Windy menaruh
dendam terhadap Sinar. Kerana itu, dia telah mereka cerita terhadap jejaka
tersebut dan akhirnya lamaran tersebut dibatalkan.
Galang, jejaka kacak dan seorang yang
prihatin telah jatuh cinta terhadap Sinar. Sinar dan Galang saling menyukai.
Mereka juga berpakat ingin mendirikan rumah tangga. Jauh di lubuk hati Galang
menyimpan rasa takut. Bimbang sekiranya keluarga Sinar tidak dapat menerima
dirinya yang berasal dari keluarga yang miskin.
Windy sekali lagi cuba mencampuri
urusan hidup Sinar. Dia yang licik berpura-pura baik di hadapan Sinar. Windy
mempunyai rancangan jahatnya dalam menghancurkan hidup Sinar. Dia mereka cerita
mengatakan Galang berasal dari keluarga kaya. Hingga akhirnya orang tua Sinar
mempercayainya lantas merestui hubungan Sinar dan Galang.
Ketika dalam proses akad nikah, Windy
memberitahu cerita sebenar. Bahawa Galang berasal dari keluarga miskin.
Mendengar berita itu, orang tua Sinar mendesak Sinar untuk membatalkan
perkahwinan. Demi cinta suci antara Sinar dan Galang, dia bertekad ingin
menerukan perkahwinan itu.
Pada awalnya, keluarga Sinar menentang
hubungan mereka namun akhirnya mereka perlahan-lahan menerima Galang. Wati, ibu
kepada Galang, sering mendesak Galang agar menceraikan Sinar. Ini kerana dia
mahu Galang dijodohkan dengan wanita kaya.
Lebih mengeruhkan keadaan, majikan
tempat Galang bekerja telah jatuh hati terhadap Galang. Mengetahui berita itu,
alangkah gembiranya hati Wati. Kerana dia masih menyimpan angan-angan ingin
menjodohkan anaknya dengan wanita dari keluarga kaya.
Celline, majikan Galang, mempunyai
hubungan baik dengan Wati. Mereka berpakat merebut Galang dari Sinar. Namun
cinta Galang terhadap Sinar tetap utuh! Melihat situasi itu, Celline menjadi
kecewa. Suatu hari, Celline mengancam Sinar dengan sebilah pisau. Tanpa sedar,
dia telah menusuk pisau itu ke badan Sinar. Celline panik lantas mengheret Sinar
ke hutan. Berita kematian Sinar telah tersebar luas.
Siapa sangka, Sinar mempunyai pasangan
kembar. Kasih, merupakan kembar kepada Sinar telah datang ke Jakarta untuk
menemui kembarnya itu. Namun hanya berita menyedihkan diterimanya. Kehadiran
Kasih mengejutkan banyak pihak. Wajahnya sama seperti Kasih. Selepas mendengar
cerita Sinar yang menjadi rebutan ramai pihak. Kasih membuat rancangan untuk
membalas dendam demi kembarnya. Kasih berpura-pura menjadi Sinar.
Berita Sinar hidup kembali amat
mengejutkan Wati dan Celline. Kasih melaksanakan rancangannya membalas dendam
terhadap Celline. Dalam pada itu, Kasih juga telah jatuh hati terhadap Galang.
Celline mengadu kepada ibu Galang, Wati, bahawa wanita tersebut bukan Sinar
tetapi kembar Sinar. Mendengar berita itu, Galang semakin membenci Kasih atas
penipuannya.
Kasih menerangkan kisah sebenar, kisah
di mana Celline telah membunuh Sinar. Kasih perlahan-lahan diterima oleh
keluarga Galang. Celline telah ditahan polis atas dakwaan membunuh. Namun atas
kekurangan bukti, Celline telah dibebaskan semula.
Galang ingin memulakan kehidupan
barunya. Dia juga merencana ingin menikahi Kasih. Di hospital, Sinar telah
sedar dari koma. Ketika itu dia sedang sarat mengandung 7 bulan. Mengetahui
berita Sinar masih hidup, Celline mereka cerita mengatakan Sinar telah merebut
Galang. Bahkan mereka juga telah merancang untuk berkahwin.
Mendengar cerita itu, Sinar bertambah
membenci Kasih. Berlangsungkah perkahwinan antara Kasih dan Galang? Bagaimana
pula dengan hubungan kembar antara Sinar dan Kasih? Adakah mereka akan berbaik
semula? Selepas begitu banyak propaganda dibuat oleh Celline. Adakah Galang dan
Sinar akan disatukan semula? Saksikan segalanya dalam Sinetron TV3, Sinar pada
pukul 3.00 petang.
Pelakon Sinetron Sinar
Ririn Dwi Ariyanti - Sinar / Kasih
Chico Jericho - Galang
Irwansyah - Sayid
Arie Dwi Andhika - Radit
Celine Evangelista - Celine
Fanny Ghassani - Vina
Revand Narya - Dennis
Ditmar Hadi - Ditmar
Indah Indriana - Anna
Shareefa Daanish - Windy
Robertino - Ferry
Sonya Fatmala - Sinta
Marsha Aruan - Jelita
Keith Foo - Andy
Fandy Christian – Benny
Original Sound Track (OST) Sinetron Sinar
Lagu: Pelan-Pelan Saja
Penyanyi: Kotak
Gambar Sinetron Sinar
Saksikan Sinetron Sinar
Jumlah episod Sinar: 97
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 2.00 petang – 3.00 petang
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
mak aii ada kembar pulak dahhh .Panjang lagi la kot citer ni kan Yumida ..aduhai ..
Stress tgk cta tok. Tapi tetap juak tgk. haha
cite indon nii klau da mati nanti ade kembar laa ataupun hidup balik tp hilang ingtan. lepas tu mesti ade org jht tp x tertgkap..apelaa.. tp cite nii penuh dgn suspen..
itulh dia.kblakngan ni asyk tgk ctr bnyk kembar je.cun2 jg pnj.novel yg ad kembar.tp overall cter ni mmg besy dan akhirnya sy kesian dgn kasih.sinar tu tau celine mmg x blh pcya msh jg nk ikut cko dia.