Sinopsis Kristal Maya

Sinopsis Kristal Maya Slot Samarinda TV3


Kristal Maya mengisahkan seorang wanita bernama Maya (Amyra Rosli) bekerja di sebuah syarikat. Tajuk drama Kristal Maya diambil sempena watak utama iaitu Maya dan nama syarikat tempat Maya bekerja iaitu Syarikat Kristal. Datuk Efendi (Rahim Jailani) merupakan pengarah Syarikat Kristal, dibantu oleh Mona (Elly Mazlin) adik ipar Datuk Efendi.

Di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shah Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Datuk Efendi Sharizan (Hefny Sahad). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Datuk Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.

Datuk Efendi sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia  tentang dirinya. Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya terhadap Maya. Adakah perasaan pelik itu akan mula berputik bunga-bunga cinta? Apakah reaksi Syukri apabila perasaannya ditolak mentah-mentah oleh Maya? Saksikan segalanya dalam drama Samarinda, Kristal Maya.

Sinopsis Kristal Maya Slot Samarinda TV3, pelakon Kristal Maya, gambar Kristal Maya
Gambar Kristal Maya

Pelakon Kristal Maya:
Shah Jaszle
 Amyra Rosli
 Elly Mazlein
 Ryzal Jaafar
Erry Putra
Syatilla Melvin
 Amar Baharin

Saksikan Kristal Maya
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

Good sipnopsis
Blog walking
Saya pengedar sah shaklee
www.izzapis1505.blogspot.com

Kekadang tengok kekadang tak drama nih.. jadi tak berapa faham sangat jalan citer dia..

Favourite tok ;D hee. Sebab watak heroin ya best!