Sinopsis Novel Mr. London Ms. Langkawi
Mr. London Ms. Langkawi mengisahkan watak Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan
mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara
membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya
kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia
dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air
cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius
bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.
"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh
jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite…
cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"
Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang,
perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam
jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?
Inilah
gambar novel Mr. London Ms. Langkawi
Penulis
novel Mr. London Ms. Langkawi: Herna Diana
Harga novel
Mr. London Ms. Langkawi: RM21.00
Jumlah halaman
novel Mr. London Ms. Langkawi: 512 muka surat
Novel Mr.
London Ms. Langkawi merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom
dapatkan novel Mr. London Ms. Langkawi di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
wah..nice.
macam best je nie
dah lama tak baca novel cenggini. perubahan umur kot jadi kurang dah minat nak baca cenggini. hehehehehee :D
Assalamualaikum dan singgah sini dik Yumida..menarik jalan cerita ni...
ishhh lama betul tak baca novel.. dulu suka layan novel macam nih.. 2-3 hari dah settle satu buku.. lebih 10 tahun tak layan novel..
Saya pun jarang baca novel macam ni..remaja mungkin sesuai..hihi, dah suku abad ni tak sesuai..
Ramey padah novel tok best ;D