Tuala wanita │ Pads │ Modes
Dapat sepucuk surat datangnya dari
company Kao. Kupicit-picit rasanya lembut seakan-akan ada barang di dalam,
dengan terujanya aku terus buka. Rupanya dapat produk Laurier. Pastinya kaum
lelaki tak berapa mengenali jenama Laurier ni. Al maklum la, Laurier popular di
kalangan wanita. Pasal..orang lelaki tak pakai. Hihi..
Produk Laurier ni merupakan sample free, siapa yang ada mohon, hantar
butiran nak sample free Laurier. Dapat la. So, aku pun dapat sekali. Menerima 2
tuala wanita Laurier Night Safe dan
1 pantyliner Active Fit.
Kalau u olls nak tahu, tuala wanita
jenis night ni harganya sedikit mahal berbanding tuala wanita biasa. Sebabnya,
tualanya agak tebal dan berukuran memanjang.
Kelebihan Laurier Night Safe:
Gunalah Laurier Night Safe, kini
dengan permukaan saringan cepat kering baru. Anda pasti lebih kering tanpa
kebocoran, selesa tanpa rimas. Yakinlah dengan perlindungan lebih selamat.
siang mahupun malam, tiada kebocoran! Itulah kelebihan dimiliki Laurier Night
Safe.
Ciri-Ciri Laurier Night Safe:
-permukaan saringan cepat kering
- menyerap 2 kali lebih cepat. Cecair
diserap dengan cepat dan diperangkap untuk mencegah kebocoran, walaupun ketika
aliran banyak.
-pengawal pinggul yang lebar untuk
perlindungan maksimum.
-lebih panjang untuk memberi lebih
perlindungan.
-Laurier Night Safe senang dicuci.
3 Jenis Pantyliner Active Fit:
1. Pantyliner Active Fit Non-Perfumed
(Inspiring)
Menampilkan keyakinan, semulajadi
untuk hari yang menginspirasikan kita.
2. Pantyliner Active Fit Floral
(Relaxing)
Memberi rasa kelegaan, santai dan
menenangkan.
3. Pantyliner Active Fit Fruit (Happy)
Membantu di kala kita begitu aktif
setiap hari dan menyuntik rasa ceria dalam diri.
Permukaan inovatif. Tiada kebocoran!
Ketika datang bulan, mahupun di antara hari-hari haid, produk Laurier pasti
mengekalkan keselesaan kita. Alamilah keyakinan sepanjang bulan, siang mahupun
malam dengan tuala wanita Laurier Night Safe dan pantyliner Active Fit. Terima
kasih Laurier!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
anum memang gunakan product ini
cik nor guna stayfree..:)
wah, free sample ehhh ;D hee
Terbaik..
Dpt free sample ke...
Bestnya dik dapat sample free...
Ieka tag awak
http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html