Cinta Ibadah - Telenovela Drama Astro Prima dan Maya HD
Cinta Ibadah
mengisahkan ketabahan hati seorang isteri iaitu Siti (Aisyah Elias) apabila
suaminya Hafiz (Fattah Amin) menjadi rebutan bekas kekasih Hafiz, merangkap
bekas ipar duainya iaitu Ratna (Raja Ilya). Lebih mengeruhkan keadaan,
perkahwinan Siti dan Hafiz ditentang hebat oleh ibu Hafiz sendiri, Che Ani (Nor
Albaniah).
Sungguhpun begitu, kehidupan suami
isteri Hafiz dan Siti dilimpahi kebahagiaan. Malah diserikan lagi dengan
kehadiran anak lelaki mereka iaitu Razak. Mereka tiada masalah kesuburan seperti dihadapai banyak pasangan suami isteri. Makanan ini baik untuk ibu mengandung. Jom baca. Banyak amalan yang baik dilakukan semasa isteri hamil oleh suami. Baca 10 Amalan suami sayang isteri semasa mengandung. Razak berusia 5 tahun.
Pada awalnya, Che Ani iaitu ibu Hafiz
merencana ingin menjodohkan Hafiz dengan model terkenal, Ratna. Bagi Che Ani,
Ratna begitu sempurna untuk dijadikan menantu. Mempunyai pakej lengkap!
Berkerjaya, berpelajaran, wajah dan kulit cantik serta berketrampilan, terkenal malah berduit. Tetapi hajat Che Ani
tidak kesampaian apabila Hafiz terlebih dahulu mengambil keputusan menikahi
Siti, wanita yang sangat dicintainya.
Namun, Che Ani tidak berputus asa. Dia
merancang menjodohkan pula dengan anak keduanya, adik kepada Hafiz iaitu Halim.
Majlis pertunangan berlangsung dengan lancar. Namun jodoh mereka tidak juga
panjang, Halim terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekali lagi, Ratna kecewa.
Ratna bertekad ingin mendapatkan kembali Hafiz.
Che Ani berpakat ingin menyatukan
Ratna dan Hafiz. Pelbagai rancangan diatur agar Hafiz menceraikan Siti. Namun,
kesemuanya tidak berjaya. Siti diuji dengan ujian berat. Dia disahkan menghidap
barah. Penyakit yang boleh mengancam nyawanya. Kanser menjadi penyakit serius zaman ini. Kebanyakan puncanya dari makanan. Ibu hamil elok elakkan makanan ini semasa hamil untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sama samalah kita menjaga kesihatan
Dr Irma (Sherry Ibrahim) merupakan
doktor yang merawat Siti. Siti memohon agar penyakitnya dirahsiakan tanpa
pengetahuan sesiapa. Siti tidak mahu orang kesayangannya bersedih menerima
berita itu.
Selepas berusaha menjalankan rawatan
kemoterapi selama beberapa bulan, akhirnya Siti pasrah. Penyakit barahnya tidak
boleh diubati. Mengetahui ajalnya semakin menghampiri, Siti mencari calon
isteri buat suaminya iaitu Hafiz. Harapannya, agar insan yang menggantikan
tempatnya akan menjaga Hafiz dan Razak setelah ketiadaannya nanti. Seorang isteri yang setia bertanggungjawab sihat dan subur untuk suaminya.
Siti berkira-kira ingin menjodohkan Dr
Irma dengan suaminya. Memandangkan Dr Irma pernah menjadi kekasih Hafiz suatu
ketika dahulu. Ketika Siti ingin merapatkan kembali hubungan Dr Irma dan Hafiz,
Dr Irma menyampaikan berita yang mengejutkan Siti. Siti diperkenalkan oleh Dr
Irma akan seorang wanita yang iras-iras seperti dirinya!
Ketika Siti mendapatkan rawatan
penyakitnya, Siti mengupah wanita tersebut untuk menggantikan tempatnya di
rumah. Ini kerana Siti perlu ditahan selama sebulan di hospital. Hanya melalui
wanita tersebut, tiada siapa pun akan perasan akan ketiadaannya. Malah, rahsia
penyakitnya tidak diketahui umum. Tetapi bukankah tindakan siti ini mengundang suaminya kepada zina? Adakah ini kisah cinta suami isteri yang benar benar munurut islam?
Konflik telenovela Cinta Ibadah
muncul! Siapa sangka, wanita yang ditugaskan untuk menyamar sebagai Siti kini
benar-benar jatuh cinta pada suami Siti. Razak juga disayanginya seperti
anaknya sendiri. Hari ke hari, Hafiz mula syak wasangka dan perasan bahawa
wanita tersebut bukanlah isterinya yang sebenar.
Hafiz segera menjejaki Siti. Hafiz
begitu sedih apabila mengetahui isteri tercintanya jatuh sakit, bergelut untuk
meneruskan hidup. Penyakit barah Siti sudah di peringkat akhir, Siti meminta
Hafiz untuk mengahwini wanita tersebut. Adakah Hafiz akan menunaikan permintaan
isterinya? Adakah Hafiz akan mencintai wanita tersebut seperti mana dia
mencintai isterinya? Bagaimana pula dengan Ratna? Yang begitu mendambakan
Hafiz. Tonton segalanya dalam telenovela Cinta Ibadah di saluran 105 dan 135.
Pelakon Cinta Ibadah
Aishah Ilias, Fattah Amin, Raja Iylia,
Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Harith Haziq, Shahronizam, Roslan Shah, Ziema
Din.
Watak Utama Telenovela Cinta Ibadah
Hero dalam drama Cinta Ibadah ni
merupakan Fattah Amin yang memegang watak sebagai Hafiz. Seorang suami kepada
Siti. Suami yang penyayang, setia dan bertanggungjawab kepada isterinya dan memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga. Untungnya jika suami menyayangi isteri semasa susah dan senang bersama. Sebelum ni, Fattah Amin
pernah berlakon dalam drama yang ditayangkan pada pukul 7 malam iaitu Playboy Itu Suami Aku. Pernah dikaitkan dengan isu ‘pelakon kayu’. Aku amat berharap
menerusi telenovela Cinta Ibadah ni menyerlahkan bakat lakonannya yang lebih mantap
berbanding sebelum ni. Tempoh telenovela ni berlangsung memang boleh tahan. Sebabnya Cinta Ibadah berepisod sebanyak 130. Buat peminat Fattah Amin, meh tonton telenovela ni kat tv. Nak tahu bila drama Cinta Ibadah ni disiarkan? Haa…tengok
jadualnya kat bawah.
Saksikan Telenovela Cinta Ibadah
Jumlah episod Cinta Ibadah: 130
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.00 petang – 5.30 petang
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
cerita ni mcm menarik..tapi episod byak sgat..huhu..tu yg mcm rasa malas nak tengok
Tgk iklan macam bestttt ;D
Macam best je citer nih . Huhu
kurang sekarang tengok drama melayu. sterotaip sangat. :P
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/09/syria-mujahidin-malaysia-syahid.html
oo ni drama yg sedang ditayangkan ya..http://madey09.blogspot.com/
macam menarik drama ni, tapi ep dia bnyaknya..
Mcm best jer..selamat menonton
Sapa nama pelakon yg jdi auntie (wati) kepada ratna
tak pasti nama auntie ratna