Contest Original Vintage for Ladies by LaishCloset4u

KLIK BANNER UTK JOIN

Sebab Yumida meminati vintage kerana:

Rekaannya yang unik dan rare membuatkan penampilan diri Yumida nampak lebih menarik dari hari biasa. Seperti yang kita tahu corak vintage ni berilhamkan fesyen pada zaman 1920-an hingga tahun 1980-an. Namun ada jugak yang mengatakan pakaian yang dikategorikan vintage ni jika ia berumur lebih 15 tahun, yakni tahun 1998 ke bawah. Sehingga kini fesyen bercorak vintage amat digemari. Bukan sahaja Yumida sendiri malahan rakan taulan Yumida turut meminati pakaian vintage.

Pada Yumida sendiri rekaan pakaian vintage ni terperinci. Teknik kedutan, klim, tektur kain, corak kain menyerlahkan aura kefeminian seseorang bila menggayakan pakaian vintage. Keunikan pada corak vintage juga jarang dilihat pada pakaian yang dijual pada hari ini. Sebab itulah klasifikasinya dalam istilah unik. Unik pada rekaannya, unik mengenai umur pakaian, unik kerana sukar untuk mendapatkan pakaian vintage pada masa kini, unik kerana harganya mengikut umur pakaian, unik kerana vintage dilabelkan sebagai pakaian original yang dikeluarkan oleh pengeluar asal. Sebagai wanita, jika kita menggunakan pakaian sebegini unik, pastinya memberikan kita aura elegant, berani, anggun dan mempesonakan di mata orang lain.

Semestinya sebagai seorang perempuan, kita ingin tampil bergaya. Vintage sesuai dengan cita rasa Yumida. Malahan vintage juga pernah digayakan oleh member Yumida suatu masa dahulu. Ketika menghadiri dinner bersama teman sekuliah. Vintage sangat kaya dengan tema tertentu, pastinya acara makan malam juga ditentukan dengan tema pakaian. Pemilihan vintage sangat bersesuai kerana mempunyai kisahnya tersendiri, lantas menepati tema yang ditetapkan. Penampilan member Yumida lain daripada yang lain, seterusnya membuatkan dirinya menonjol pada malam dinner diadakan. Ramai yang kagum melihat dress yang dipakai olehnya. See, rekaannya yang unik juga memancing mata yang menatapnya.

Yumida sukakan rekaan kedut di pinggang yang mana menjadikan imej Yumida bertambah ramping ala-ala body hour glass gitu. Kalau kita tengok kan, vintage ni mempunyai perincian jahitan dan rekaannya tersendiri. Contohnya perincian di pinggang. Ia menonjolkan si pemakainya tampak ramping. Bentuk badan kelihatan solid gitu. Pastinya rekaan sebegini menjadi dambaan semua wanita. Siapa yang tak mahu nampak ramping. Kan kan kan. Kalau kita tengok cerita lama-lama zaman P.Ramlee dulu. Kesemua pelakon menggayakan pakaian yang ramping, body mereka pun boleh tahan. Slim seperti body semut.

Corak polkadot pada kain vintage menambahkan keceriaan warna pakaian. Seterusnya menaikkan seri pengguna vintage. Dahulunya corak polkadot sangat popular digunakan, malahan sampai sekarang banyak kain jenis ‘cotton’ dihasilkan serta dilengkapkan dengan corak polkadot.


Bukan sahaja polkadot, malahan corak berbunga pada pakaian vintage menyerlahkan lagi penampilan orang yang memakainya. Sehingga ke hari ini, corak bunga vintage diaplikasi pada rekaan pakaian pada masa ini. Memandangkan vintage ni mempunyai designnya tersendiri, Yumida akan mix dan match untuk menepati panduan pakaian muslimah. See, dengan dress vintage pun kita boleh pakai even kita berimej tudung. Mudah, indah, anggun bergaya!


TAG:

TAMAT: 15 OKTOBER 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓