Chin Peng Meninggal Dunia

As salam buat rakan pembaca,

Ketika negara kita meraikan hari bersejarah semalam, Hari Malaysia. Negara seberang mengabarkan berita tentang pemergian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng. Mendiang yang tinggal dalam buangan di Thailand telah meninggal dunia semalam, ketika usianya menjangkau 90 tahun. Laporan media Thailand menyatakan mendiang meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.

chin peng meninggal dunia , siapa chin peng , chin peng parti komunis malaya , chin peng tidak dibenarkan balik ke malaysia , chin peng meninggal di usia 90 tahun , chin peng meninggal di bangkok

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Chin Peng diburu pihak berkuasa Malaysia susulan pemberontakan PKM yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terbunuh.

Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Pemberontakan komunis gagal dan Chin Peng hidup dalam buangan di Thailand serta tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia. Keganasan gerila PKM semasa darurat telah mengakibatkan ramai rakyat dan anggota keselamatan terkorban. Ramai yang hidup di zaman itu masih ingat pelbagai penderitaan yang dilalui akibat tindak tanduk PKM.

chin peng meninggal dunia , siapa chin peng , chin peng parti komunis malaya , chin peng tidak dibenarkan balik ke malaysia , chin peng meninggal di usia 90 tahun , chin peng meninggal di bangkok , chin peng meninggal pada hari malaysia , chin peng meninggal pada 16 september 2013

Mendiang ( Chin Peng ) yang lahir di Sitiawan, Perak dahulunya pernah memohon untuk kembali menetap di Malaysia. Namun, permohonan itu ditolak kerajaan.
Sumber: 1 & 2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

28 comments

da buat rakyat tanah melayu dulu terseksa,,ada hati lagi nak balik Malaysia...

Assalamualaikum yangg, lama tak dengar khabar beliau..

Hidup dalam buang smpai akhir hayat...

Perjanjian lucutkan senjata yg ditandatangani oleh Chin Peng mcm tak ada makna sbb kerajaan masih tak boleh memaafkan beliau...yang sudah tu, sudah lah! hehe..

xtauk glak pasal sejarah.. hehe

seumur hidupnya terbuang di negara orang akibat pengkhianatannya terhadap negara.. akak isi 3 tabung yumida.. :D

terbaiklah yumida.agree with you. either chin peng alive or dead, he didnt bring any changes to M'sia.

Pengkhianat negara mmg patut dibuang pun...

Sy kenal dia pun masa belajar sejarah kat sekolah dulu. Tak sangka dia masih hidup, tp skang tak lagi....

kesian chin peng..keluarga nk bawa balik abu mayat pun kerajaan xbagi. alahai. dh meninggal pun

eh, dh makin tua lain pulak muka dia,,huhu

semoga kisahnya menjadi teladan untuk kita..^^

byk pengajaran dr kisah ching peng ni..

mcm pernah belajar pasal chin peng dalam subjek sejarah form brp xingt.. yeke? hehe..

Semoga kita menjadikan sejarah sebagai pengalaman hidup dan tidak melakukan kesilapan yg sama.

Tips Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan

pnh dgr nama dia..nice sharing kak =) bru sy thu..

ni lah baru namapak muka Chin Peng nih :)

pernah dgr nama, x penah tgk muka.. baru la ni dpt tgk.. tu pun masa beliau dah takde..yela kan.. tak tau pun psl kematian beliau.. yumida x bgtau mmg xtau la..huhuhu..

ohh...selalu dgr nama je...ni baru tgk muka....

agaknya kat mana dia nie disemadikan??

Regards,
-Strider-

Elok juga tak dibawa balik Malaysia...dah namanya pengkhianat dalam buangan...
Bila baca balik sejarah (yg benar) mmg berapi laa...huhu...emo plak..

Thanks Sharing...

x0x0 ^_^

hmmm...lama juga dia hidup..

keluarga nenek moyang kita ramai menjadi mangsa.kalau hidup pun tertekan jiwa.betapa ramai yang terkorban dan yang hidup pulak cacat :(