As salam
buat rakan pembaca,
Definisi unique visitors & pageviews:
Unique Visitors ialah pelawat
yang datang ke blog kita dengan IP
address yang berlainan.
Pageviews ialah
kiraan laman yang dilihat oleh
pelawat blog kita.
Contoh situasi membezakan unique visitors &
pageviews:
Unique
visitors
dikira apabila IP address berlainan masuk ke blog kita. Contohnya, Aaron
Aziz di KL, Siti Nurhaliza di Damansara, Justin Bieber di LA, Lee Minho di
Seoul dan Kim Jong Kook di Jaeju. Kesemuanya sedang beronline membuka laman
blog aku. So, kat sini aku dapat 5 unique visitors. Dari IP address yang
berlainan.
Tapi andai mereka berlima ni menggunakan 1
komputer yang sama. Dengan IP address yang sama. Ia hanya merujuk 1 unique
visitor sahaja.
Pageviews pula, pelawat yang
datang ke blog kita sudah dikira menyumbang pada 1 pageview. Contohnya, ehem-ehem..
Kim Jong Kook sedang membaca artikel yang aku post hari ni. Then, klik pulak
artikel yang semalam nyer. Al-maklumlah, dia jatuh cinta dengan penulisan aku. Seterusnya,
baca 3 artikel lain di blog aku. Kat sini aku dah dapat 5 pageviews. Terernye
Kim Jong Kook berbahasa Melayu yer.. hehehe..
Kepentingan unique visitors & pageviews:
Unique
visitors ini penting untuk syarikat pengiklanan mengira
kualiti blog kita. Bagi pengiklan, semakin banyak unique visitors yang datang
berkunjung ke blog kita, semakin tinggi kecenderungan pelawat melihat
iklan-iklan yang dipaparkan oleh mereka.
Blog yang mempunyai unique visitors
yang cantik, pasti akan mendapat tempat di hati pengiklan. Sebab apa? Sebab
pengiklan mahu melabur di blog yang berpotensi meluaskan produk mereka
seterusnya memberi pulangan yang lumayan. Boleh jadi pelawat yang datang ke
blog kita berminat dengan tawaran iklan, lantas melanggan atau membeli produk
pengiklan tersebut.
Contoh paling mudah, kempen CPUV
Nuffnang. Pemberian earning berdasarkan unique visitors yang datang ke blog
kita. Macam mana nak tingkatkan unique visitors seterusnya up kan earning CPUV?
Jom terjah yang ini: Tips
Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang
Malahan, untuk mendapat tawaran
daripada pengiklan lain. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat
paling penting, harus mencapai target unique visitors yang mereka kehendaki.
That’s why la unique visitors ni sangat penting dalam sesebuah blog.
Pageviews
pula, yang ni aku kurang faham sikit. So nak share jugak dengan korang semua.
Sumbernya diperoleh dari SINI. Pageviews memberikan kualiti kepada blog kita kerana
ia memberikan purata isi kandungan berguna kepada data engin pencari dalam
meningkatkan lagi kelebihan index artikel-artikel di blog kita. Pageviews ini
juga penting terutama meningkatkan pendapatan CPM iklan yang ditayangkan di
blog masing-masing.
Cara semak unique visitors & pageviews:
Cara untuk
mengetahui statistik unique visitors & pageviews di blog kita ialah dengan
melihat di akaun Nuffnang. Mudah je. Login ke akaun Nuffnang korang→klik blog
stat. Then korang akan melihat paparan terkini pelawat korang. Contohnya macam
ni:
Boleh
tengok catatan unique visitors dan pageviews untuk hari ni, minggu ini, minggu
lepas dan untuk catatan bulan lepas. Selamat menyemak unique visitors dan
pageviews memasing. Moga bermanfaat buat rakan blogger semua :)