As salam buat rakan pembaca,
Konsert minggu ke-2 Akademi Fantasia 2013 (AF
2013) yang berlangsung semalam, mengumumkan Darren pelajar kedua yang tersingkir.
Darren atau nama sebenarnya Chin
Teik Meng, 21, yang menyampaikan lagu nyanyian asal
Datuk M. Nasir berjudul Mentera Semerah
Padi telah mendapat undian terendah.
Melihat pada persembahan Darren semalam, Edry
memberikan komen persembahan Darren amat menghiburkan. Dan berharap Darren akan
menampilkan dirinya yang sebenar. Bagi aku pula, Darren menyampaikan lagu
dengan jelas. Sebutan yang baik. Aku suka persembahan Darren coz penceritaan
lagu tu sampai kepada aku.
Bila tengok Darren ni kan, aku teringat pada
Jae Suk. Siapa Jae Suk? Jae Suk merupakan salah seorang peserta Running man. Tiap
kali Darren pandang kamera, tiap kali tu juga aura Jae Suk datang. Hehehe….
Pada konsert tersebut, pihak AF 2013 membuat
kejutan buat Nona membenarkannya pulang ke kampung halaman di Sabah selama
sehari selepas mendapati ibunya sedang sakit.
Dengan penyingkiran Darren, kini tinggal 10
bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi
juara program realiti yang diberi nafas baru ini.
Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013
secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD
(135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan Razak.
Siapa yang telah tersingkir di minggu lalu? Sani
Tersingkir Minggu Pertama AF 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
sorry, tak tengok AF malam tadi
Tengok bola malam tadi...haha...
tak tengok AF.. huhu
Darren keluar ke.??
laaa umur dia 21.?? hohoo
sebaya tp nmpak dia lg matured dari eiqa -,-
Mieya tak sempat nak tengok pon AF minggu lepas.